Welcome

Friday, March 18, 2011

bunga ros itu???

Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros.
 Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros! wah,pasni saya nak beli bunga ros berdozen-dozen lak...biar nampak macam kedai bunga lak bilik saya..hehehehhe....

2 comments:

.. said...

oke.lepas neh pegi mne2 bawak bunge ros hihi...

YaYa said...

hahahahaha....
kaya la tokey kedai bunga mcm ni...hahahah