Welcome

Thursday, October 9, 2014

BUTTER PRAWN MUDAH

Demi memandaikan lagi diri untuk memasak...demi suami, yaya belajar lah lagi masak untuk memboroikan lagi perut sang suami..
kali ni nadia masak butter prawn....1st time buat memang x menjadi n last2dapat jugak buat menu ni....bila dah buat banyak kali rasa senang la plak....
so hari ni nak share resepi tersebut yang dah si ambil dari blog azie kitchen : 


Sarang Telur:

2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak


Cara menyediakan :

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.

Udang:

 udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa


Cara menyediakan :

Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp..

SELAMAT MENCUBA !!!!

SUMBER :AZIE kITCHEN

Thursday, March 27, 2014

NUGET TAUHU AYAM

Assalamualaikum....

Hari ni masih update tentang projek memikat hati suami....
Seperti biasa ala-ala diva ini masih berusaha memasak untuk membulatkan perut si suami tercinta....
seperti biasa juga kami di rumah x dinner makan nasi yer...
walaupun setiap kali orang tanya dan aku jawab kami suami isteri x makan nasi malam semua xpercaya...
tapi hakikat sebenar kitorang memang x makan nasi sebab masa kat opis dah makan nasi..

Malam semalam si isteri masih berusaha memasak...
menu yang simple yang penting dapat approval dari incik suami menu malam...
so malam tadi kita masak sangat simple...
yang penting bukan nasi...itu penting.....

tadaaaaaaaa...............



kali ni nak share resepi sesuatu yang mungkin dah ramai buat....
tapi puan nadia ni baru belajar di samping memasuk kan ramuan sendiri....
menu simple yang aku nak tunjuk adalah...



NUGET TAUHU AYAM



Bahan :

4 biji tauhu
2 bungkus Tauhu Telur
1 ketul dada ayam (kalo nak tukar kan udang pun boleh...ikan pun boleh..ikut kesukaan..)
4 biji telur ( 2 untuk dikisar & 2 lagi untuk menggoreng)
Daun sup potong halus-halus
cili merah potong halus-halus
2 sudu makan bawang goreng
garam (jangan banyak sangat takut masin..aku letak sikit jer sebab incik husband xsuka masin2)
minyak (aku letak 2 sudu jer...korang ikut suka lah)
lada sulah / lada hitam (ikut suka hati )


Cara Menyediakan :

semua bahan di kisar kecuali daun sup dengan cili. Lepas kisar campur daun sup dan cili, selepas itu kukus dalam 30 minit. lepas kukus sejukkan dulu ( aku masuk kan dalam peti  sejuk jer) , bila dah sejuk potong lah bentuk ikut suka. (nak bentuk love ke bintang ke ikut suka hati). selepas itu, celup dalam telur dan goreng sampai goreng.dan sedia untuk di hidangkan.


so, cubaan pertama aku telah berjaya..so boleh lah di share dalam blog ni. untuk maklumat resepi ni aku google di samping di tambah ramuan sendiri. bak orang kata (memasaka ni senang jer..main campak-campak jer dah siap). yang penting incik husband suka makan....lagi lah bersemangat nak cuba memasak sebab ada orang habiskan makanan.hehehee....

sekian terima kasih...
bukan senang puan nadia ni nak update blog kalau dia busy...hehehehe....

Wednesday, March 19, 2014

SEMANGAT NADIA....

Assalamualaikum....

Lama rasanya x update blog...ini merupakan post yang kedua selepas bergelar isteri....nak jenguk blog pun kadang-kadang xde masa...pertambahan tanggungjawab....insyaallah akan lalui amanah allah ini...

Sejak kawen ni kena banyak belajar...alam perkahwinan bukan lah suatu yang indah sahaja jika kita sendiri tidak berusaha untuk mencapai kebahagiaan tersebut...

Apabila di sebut berkaitan dengan tanggungjawab...aku mula berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk suami aku....langkah yang paling aku risau kan adalah memasak...subahanallah...aku di takdirkan dengan tidak tahu memasak....tapi demi dorongan serta kesedaran diri sendiri...aku cuba lebih berusaha untuk memasak....

Sebelum kawen kita sering kali di sogok dengan keindahan alam rumah tangga...memang benar alam berumahtangga memang indah...tapi dari kata lain apabila tanggung jawab kita bertambah maka kesanggupan kita menghadapi segala cabaran yang mendatang di tahap mana....

Perkara yang aku paling risau adalah berkenaan ngan masak...aku sangat takut aku xdapat nak masak macam2 makanan untuk husband aku....tapi allah pertemukan aku dengan lelaki yang sering mendorong aku untuk masak walaupun pasti kadang kala aku rasa mesti masakan aku x sedap or x menjadi...hehee...


Malam ni aku masak cucur ikan bilis...memandangkan husband x makan nasi malam...so ringan lah keje aku...x tahu lah cucur ni betul2 sedap atau saja pujian untuk membakar semangat aku untuk masak...hehehee...orang xpandai masak ini lah akibat nya.....


Ni plak mee goreng yang dijamu untuk PIL datang sabtu hari tu...dengan penuh rasa gementar aku search google...call kakak aku cane nak masak mee goreng...nampak x ketidakretian aku masak di situ... Benda senang pun nk kena google...tapi last2 bila masak habis lupa semua teori dan cara2 nak buat mee goreng...jadi aku guna lah kreativiti sendiri...nasib masih menyebelahi aku sebab FIL puji mee goreng aku sedap...siap tambah lagi.... Dan itulah modal si husband kepada wife nya jika beliau nak wife nyer masak.... 

Jadi marilah kita belajar masak supaya semakin pandai...sesape nak resepi makanan di atas jangan segan silu mintak k....hahahahaaha.... 
(Bajet diva pandai masak)




Sunday, March 16, 2014

" HIKMAH TIADA JODOH "

   ( jgn segan nk baca for couple )  


    
    *Bila putus cinta , tak jd kawin , putus di tengah jln . Kita mesti pernah dgr ungkapan ni kn ?       
  
 " Dah tak ada jodoh " .      

    *Antara salah 1 punca bnda ni brlaku adalah disebabkn ia pengajaran dripada Allah s.w.t.         
 *Bila org tgh bercinta , saling sayang , mesti pernah dgr ayat spt ni kt status ,moment mereka kn : 
    
     " dialah segalanya bgku . "     
   
  " hatiku milikmu "       

   " hak milik sipolan "        

  " aku tak bleh hidup tnpa dia "     
  
   " cintaku hanya pd sipolan "     
   
  " hanya dia mr sipolan "        

  " taken by sipolan "       

   " dan mcm2 lg la ~ "    
  
    *Bila smpai ke tahap ni brmakna dia telah membuat kesilapan iaitu melebihkan cinta kpd seseorg dripada cinta kpd PenciptaNya Allah s.w.t . Rasanya tak perlu nk tulis smpai cm tu kn .    
    
  *Pd Allah tak pernah diluahkan kata2 yg begitu dasyat . Lalu Allah "STOP" kn perhubungan itu , dan putus lah di tgh jln .        
  *Tak kira lah putus sebab apa . Sebab org ketiga ke , salah faham ke , family tak suka ke , tawar hati ke , sebab tak hanta char kuey teow ke dan sbgainya . Itu cuma asbab .      
  
  *Sedang yg mengawal hati , jodoh pertemuan , prjlanan hubungan smooth or celaru , semua d tgn Allah .  
 
       *Setelah putus siapa yg dcarinya ?          Allah s.w.t juga . Barulah nk igt pd Allah ,sebut namaNya , mengadu padaNya .    

*Sedarlah wahai teman . 
     
    "Kun Fa Yakun !"         

 *maka putuslah , berakhirlah .   
  
     *jgn kita cabar Allah dgn atau tnpa sengaja sbb Allah Maha Berkuasa !          #Lebih baik berdoa kpada Allah s.w.t supaya tetapkan hati "sidia" dgn hati mu wahai sahabat . Minta dengan Allah , bukan dengan manusia .     




    #Peringatan Untuk Diri Sendiri Dan Semua ...