Welcome

Tuesday, July 27, 2010

semoga dirahmati.....


Friday, July 23, 2010

orang kaya...

Berikut senarai 10 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbe ......

1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat













2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)














3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)










4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)















5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)














6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman















7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - Indi














8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

















9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman












10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

















ini lah wajah2 jutawan..
entry ini just untuk kongsi maklumat bersama-sama jer....

Wednesday, July 21, 2010

kau yang bernama WANITA....

hye,kawan2...
entry yang lepas sy dah masuk kan 1 isu tentang LELAKI
alhamdulillah ade para sahabat sy yang bergelar lelaki banyak memberi respon...xsangka la plak kan....
but,today...
aku nak citer pasal pompuan lak....
kalo korang free2 baca layer....


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) berbanding lelaki.Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang terselamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


2.Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?


3. Wanita menerima pusaka lebih sedikit daripada lelaki,Tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima pusaka, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.


4.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan ingatkah jika dia meninggal dunia karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.


5. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap! 4 wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ini bermakna, bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


6. Talaq terletak di tangan suami dan bukan isteriWanita dikatakan sukar mengawal emosi. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.


7. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergiberjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Masya ALLAH !


Demikian sayangnya ALLAH pada wanita Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, niscaya syurga menantimu

Thursday, July 15, 2010

FIFA World CUP 2010






hehehehe....
sonok jugak lagu ni...
semangat aku nak wat keja....
rasa nyer belum terlambat aku nk wish taniah kat SPAIN...
ucapan tahniah gak kat sotong "si PAUL" yg dah berjaya wat ramalan....
bukan aku percaya pada ramalan...
tapi aku kagum dengan seekor makhluk ALLAH ni yang boleh wat ramalan....
pape pun WORLD CUP 2010 da abiz....
so, tutup tirai ek....

betul kah????




gambar ni aku grab dari sahabat mukabuku ku....
aku hanya nak berkongsi pe yg aku tengok ngan follower2 aku yang setia...
xkira la laki or pompuan....
kerna kita semua hamba ALLAH...
yang hanya menumpang di bumi ALLAH yang indah ini....
harap2 inform ni bole dijadikan informasi untuk sahabat2 sekelian....

Thursday, July 8, 2010

BERBAKTI LAH!!!!

Bersilaturrahim dan berbuat baik kepada orang tua
merupakan ajaran yang menjadi ketetapan Kitabullah Al-Qur'an dan Al-Hadits.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya
kamu jangan menyembah selain Dia
dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya". (Al-Isra': 23)
Wa Qadha Rabbuka
bererti
suatu perintah yang lazim tidak bisa ditawar-tawar lagi
dan
Alla Ta'budu Illa Iyahu berarti perintah ibadah yang bersifat individu.
Allah menghubungkan beribadah kepada-Nya
dengan berbuat baik kepada orang tua menunjukkan
betapa mulianya kedudukan orang tua
dan
birrul walidain (berbuat baik kepada kedua orang tua) di sisi Allah.
Secara naluri orang tua dengan suka rela mau mengorbankan
segala sesuatu untuk memelihara dan membesarkan anak-anaknya
dan anak
mendapatkan kenikmatan serta perlindungan sempurna dari kedua orang tuanya.
Allah Ta'ala berfirman:
"Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan
"ah"
dan
janganlah kamu membentak mereka".
(Al-Isra': 23)
Seakan-akan Allah berfirman;
Bersopan santunlah kamu kepada orang tua! Dengan demikian ayat
tersebut mengajarkan sikap sopan agar seorang anak tidak menunjukkan
sikap kasar serta menyakitkan hati
atau
merendahkan kedua orang tua.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".

Ini tingkatan yang lebih tinggi lagi yaitu keharusan bagi anak
untuk selalu mengucapkan perkataan yang baik kepada kedua orang tua
dan
memperlihatkan sikap hormat serta menghargai.
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang".
Dari Abu Hurairah
sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Tiga macam doa yang pasti terkabulkan; doa orang tua untuk anaknya,
doa orang musafir dan doa orang yang teraniaya".
(Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, Al-Albani).
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
aku mula terfikir entry nie coz aku tgk anak2 zaman sekarang yg dah banyak x menghormati parent diorang,
kadang2 aku pikir, x bersyukur kah mereka dengan apa yg allah kasi kat diorang...
x gembira kah mereka still ade ibu n ayah bersama-sama
mewarnai hidup seharian mereka????
1 hari nnt kalo ayah n ibu diorang xde..baru diorang tau bgaimana perasaan
tanpa
orang yang dah besar kan kita
bagi aku
aku amat merindui arwah abah aku
aku xdapat sama2 bahagia kan dia
sedangkan dia
dah bahagiakan aku sampai aku da besar gini
1 jer pesanan,
jangan menderhaka pada ibu n ayah anda...
kerana mereka terlalu berharga
bukan
ur girlfriend or boyfriend
yang paling berharga
walau pun kita xbahagia
pasti kan mereka bahagia dengan apa yg telah
mereka tentukan untuk kita
our parent very much

Monday, July 5, 2010

OH LELAKI!!!!

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata "ok" saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak! "
Begitulah kata rakan lelaki pada seorang gadis juga rakan aku.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata,
jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami,
perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri,
sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam? "
Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda utama,
selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna,
salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab,
rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control.
Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar,
apa salahnya lelaki!
RENUNG2KAN LAH
♥♥♥♥♥