Kami mulakan hari ini dengan hobi orang kaya, baru’lah ada feeling vip-vip gitu. Seorang ahli perniagaan China yang berang dengan layanan yang kurang memuaskan hati oleh pusat servis Lamborghini ekoran gagal membaiki kerosakan telah mengupah beberapa orang untuk memecahkan keretanya, menggunakan tukul industri. Fuh!
Difahamkan, pemilik kereta bernilai Usd500 ribu ini sangat kecewa & dia ingin menunjukkan kemarahannya dengan cara yang paling ekstrem, dan bergaya. Kereta tersebut pada mulanya dihantarkan kepada pengedar sekitar bulan November kerana enjin kereta gagal berfungsi. Namun, pihak bengkel gagal membaiki kerosakan tersebut, dan entah macam mana mereka turut merosakkan bumper & chasis kereta berkenaan.
Selepas bertelagah dengan beberapa pengedar serta pemilik Lamborghini yang lain, pemilik kereta ini berkata bahawa satu-satunya cara untuk membela hak pengguna ialah dengan memecahkan keretanya
2 comments:
bapak die....gile dasattttt...hufff hantar la kat aku...nt aku rpair ley gak aku gune
hehehehe..tu la....
org dah kaya sangat jadi mcm tu la..hhuuhuhu
Post a Comment