Wednesday, March 2, 2011

Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!


Kementerian Kesihatan UAE memberi  amaran bahawa rawatan kaki/kulit
alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan  seperti yang dipaparkan pada
gambar di atas boleh menyebarkan penyakit  bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin  Al Amiri, "Penggunaan
ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat  kepada orang ramai
kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk  hepatitis dan
AIDS/HIV."

Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang  mungkin mengalami penyakit berbahaya
dan virus pada luka mereka akan mudah  dipindahkan kepada orang lain
melalui ikan dan air."

Prosedur  rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat
kulit termasuklah  penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki  meletakkan kaki di dalam sebuah kolam
kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra  rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan "memakan" sel-sel kulit yang telah  mati pada kulit
pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki  menggunakan teknik ini diharamkan di 14
buah negeri di Amerika
untuk tatapan bersama kawan2 yaya....

♥ u'll

2 comments:

ejulz said...

dulu rasa teringin nak buat rawatan kaki guna ikan camni.. macam best je.. haHa.. bila dh baca ni, x jd laa.. huHu

Jangan lupe singgah n komen k.. :)

New Entry "BIKIN PANAS BACA ENTRI BRO BEN ASHAARI.."

SuTeRa said...

so jgn buat k.....
mungkin memudarat kan tue...