Welcome

Monday, August 1, 2011

wedding zara philips....


EDINBURGH 31 Julai - Cucu sulung Ratu Elizabeth II, Zara Phillips telah melangsungkan perkahwinan dengan bintang sukan ragbi England, Mike Tindall semalam dalam satu majlis sederhana dan tidak menonjol berbanding majlis perkahwinan keluarga Diraja Britain yang lain tahun ini.

Pasangan yang merupakan bintang sukan bertaraf dunia itu melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah majlis tertutup di Gereja Canongate di Edinburgh yang dihadiri oleh keluarga Diraja termasuk Putera William dan isterinya, Catherine serta beberapa nama besar dalam sukan ragbi Inggeris.

Namun majlis perkahwinan itu berlainan dengan majlis perkahwinan William dan Kate pada 29 April lalu di Gereja Westminster yang dihadiri oleh 1,900 orang tetamu dan ditonton di kaca televisyen secara langsung oleh dua bilion penonton di seluruh dunia.

Phillips yang merupakan bekas juara dunia sukan menunggang kuda, memakai gaun sutera berwarna putih gading yang direka oleh pereka fesyen British, Stewart Parvin lengkap dengan vel serta tiara yang dipinjamkan ibunya, Puteri Anne.


Gaun bertali di bahu yang tradisional mengejutkan ramai pihak kerana puteri raja ini terkenal dengan sifat memberontak dan gemar memakai skirt pendek serta baju yang mendedah dada.


Tindal yang beraksi dengan pasukan England pada Piala Dunia tahun 2003 dan menjadi kapten pasukannya yang menjadi juara dalam perlawanan Six Nations 2011 kelihatan segak memakai kot formal dan tersenyum 
lebar ketika berjalan dengan isterinya itu. - AFP
moh kiter layan gambo die yer....







No comments: