Thursday, August 11, 2011
Tanda-tanda awal dan penyebab kanser
(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
antara gambar2 kanser:
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kakak ipar alin baru je d sahkan ade kanser darah.3minggu nilah die sebuk dgn kimo.habes mata lebam2.badan dah makin kurus.
kalo die semangat kuat insyaallah die leyh baik....kita doa kan die sihat k....actually semua penyakit ada ubat kecuali mati....insyaallah...
Post a Comment