Welcome

Monday, February 14, 2011

Apakah itu psoriasis?

Jenis-jenis psoriasis:

  • psoriasis plak,
  • psoriasis punstular
  • ,psoriasis vulgaris dsb

Sejenis penyakit kulit proliferatif yang bernigna dan kronik; membawa maksud “gatal”dalam bahasa Greek


Keabnormalan fungsi sel darah putih khas (sel limfosit T) mencetuskan inflamasi dan gerak balas imun pada kulit lantas menyebabkan kadar pusing ganti sel kulit yang cepat (proliferasi sel kulit yang berlebihan)


Penindihan sel di atas satu sama lain menyebabkan pembentukan sisik dan tompokan keradangan yang tebal pada kulit kepala,siku,lutut dan belakang tubuh


ini la rupa psoriasis tu....geli kan....

kesian kan kat sape yang kena...
berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul.....

Rawatan dan sokongan
Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda psoriasis.
Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.
Persatuan Dermatologi Malaysia baru-baru ini melancarkan KULIT – Kempen PDM 2007 Hidup bersama Psoriasis bagi memberi penerangan dan informasi tentang penyakit ini kepada orang ramai.
KULIT membawa makna yang lebih mendalam iaitu:


K - knowledge ataupun pengetahuan yang amat penting tentang penyakit ini
U - singkatan you atau anda yang mengalami psoriasis
L - living atau hidup dengan penyakit ini dan menghadapi cabaran seharian
I - Interaction atau interaksi dengan orang lain
Ttreatment atau rawatan adalah perlu

3 comments:

DearlyCleo said...

sedih..

YaYa said...

kenapa sedih??

Norhafizah said...

oohh cenggini psoriasis.. hehe tgh cari info utk buat presentation.. tp tgk gmbar cam berat je, kot takut orh tgk nnt.. huhu