Friday, May 18, 2012

JAWAPAN ISU DP PALESTIN DI FB...





Sebenarnya itu menunjukkan gambar seseorang tahanan atau banduan rakyat Palestin. Baju berwarna coklat itu merupakan pakaian yang dikuatkuasakan ke atas rakyat Palestin yang ditahan. Logo kecil di sebelah kanan baju itu pulak bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Pnjara Israel..

Tujuan sebenar penggunaan DP gambar ini adalah untuk memberi kesedaran tentang mereka yang berada dalam tahanan yang sedang mengadakan Mogok Lapar yang terbesar dalam sejarah dunia.Gambar-gambar yang boleh digunakan tanda sokongan anda
Adakah dengan menukar DP di Facebook dapat membantu mereka? Tidak sebenarnya, tetapi kita boleh bersama-sama meningkatkan kesedaran kepada orang ramai untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku di Palestin dan pastinya kita boleh berdoa untuk mereka di sana. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Selain itu, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.

--> Jangan pakai je tapi tak tahu apa yang tersurat di sebalik gambar tersebut .Sama-samalah kita berdoa buat saudara-saudara kita di sana, semoga usaha kita yang tak seberapa ni diterima oleh Allah Swt. InsyaAllah. yang penting niat KITA. insyaAllah .

~ selamat beramal ~

1 comment:

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D