Friday, November 4, 2011

Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) | kenangan ABAH


Hari ni dah 8 ZULHIJJAH 1433H..
bermaksud esok 9 ZULHIJJAH 1433H..
esok disunatkan kita berpuasa tau kawan2....
 Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji.
FADHILATNYA sangat besar sebagaimana yang dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya Rasullulah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari Arafah, sabdanya bermaksud :

           " Ia menghapus dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."

(Riwayatkan oleh Muslim dan Al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

          "Puasa pada hari arafah itu menghapuskan dosa 2 tahun yang lalu dan tahun yang akan     datang."

(Diriwayatkan oleh Muslim)
kenapa da title kenangan abah???
sebelum abah pergi tinggal kan kami buat selama-lamanya...
aku ingat lagi kami sibuk buat persiapan raya..ajak abah makan rupanya abah berpuasa...
PUASA 9 ZULHIJJAH....dan seminggu selepas tu abah pergi dan x kembali lagi sampai sekarang...
sejak pada hari tu bila sehari sebelum raya pasti aku ingat abah...
dan baru aku tahu maksud sebenar fadhilat puasa sunat tersebut....
ayuh kawan-kawan kita berpuasa esok hari....
yang buruk itu datang daripada kita manusia yang serba kekurangan
yang baik itu datang dari ALLAH.....
selagi kita mampu beramal....mari kita beramal ke jalan allah.....

4 comments:

Fitri Senin said...

terima kasih adik for the reminder

YaYa said...

u r welcome sis...

Jilah said...

alfatihah untuk abah nad...

YaYa said...

tq kak...