Welcome

Thursday, July 15, 2010

FIFA World CUP 2010






hehehehe....
sonok jugak lagu ni...
semangat aku nak wat keja....
rasa nyer belum terlambat aku nk wish taniah kat SPAIN...
ucapan tahniah gak kat sotong "si PAUL" yg dah berjaya wat ramalan....
bukan aku percaya pada ramalan...
tapi aku kagum dengan seekor makhluk ALLAH ni yang boleh wat ramalan....
pape pun WORLD CUP 2010 da abiz....
so, tutup tirai ek....

betul kah????




gambar ni aku grab dari sahabat mukabuku ku....
aku hanya nak berkongsi pe yg aku tengok ngan follower2 aku yang setia...
xkira la laki or pompuan....
kerna kita semua hamba ALLAH...
yang hanya menumpang di bumi ALLAH yang indah ini....
harap2 inform ni bole dijadikan informasi untuk sahabat2 sekelian....

Thursday, July 8, 2010

BERBAKTI LAH!!!!

Bersilaturrahim dan berbuat baik kepada orang tua
merupakan ajaran yang menjadi ketetapan Kitabullah Al-Qur'an dan Al-Hadits.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya
kamu jangan menyembah selain Dia
dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya". (Al-Isra': 23)
Wa Qadha Rabbuka
bererti
suatu perintah yang lazim tidak bisa ditawar-tawar lagi
dan
Alla Ta'budu Illa Iyahu berarti perintah ibadah yang bersifat individu.
Allah menghubungkan beribadah kepada-Nya
dengan berbuat baik kepada orang tua menunjukkan
betapa mulianya kedudukan orang tua
dan
birrul walidain (berbuat baik kepada kedua orang tua) di sisi Allah.
Secara naluri orang tua dengan suka rela mau mengorbankan
segala sesuatu untuk memelihara dan membesarkan anak-anaknya
dan anak
mendapatkan kenikmatan serta perlindungan sempurna dari kedua orang tuanya.
Allah Ta'ala berfirman:
"Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan
"ah"
dan
janganlah kamu membentak mereka".
(Al-Isra': 23)
Seakan-akan Allah berfirman;
Bersopan santunlah kamu kepada orang tua! Dengan demikian ayat
tersebut mengajarkan sikap sopan agar seorang anak tidak menunjukkan
sikap kasar serta menyakitkan hati
atau
merendahkan kedua orang tua.
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".

Ini tingkatan yang lebih tinggi lagi yaitu keharusan bagi anak
untuk selalu mengucapkan perkataan yang baik kepada kedua orang tua
dan
memperlihatkan sikap hormat serta menghargai.
Allah Ta'ala juga berfirman:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang".
Dari Abu Hurairah
sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Tiga macam doa yang pasti terkabulkan; doa orang tua untuk anaknya,
doa orang musafir dan doa orang yang teraniaya".
(Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, Al-Albani).
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
aku mula terfikir entry nie coz aku tgk anak2 zaman sekarang yg dah banyak x menghormati parent diorang,
kadang2 aku pikir, x bersyukur kah mereka dengan apa yg allah kasi kat diorang...
x gembira kah mereka still ade ibu n ayah bersama-sama
mewarnai hidup seharian mereka????
1 hari nnt kalo ayah n ibu diorang xde..baru diorang tau bgaimana perasaan
tanpa
orang yang dah besar kan kita
bagi aku
aku amat merindui arwah abah aku
aku xdapat sama2 bahagia kan dia
sedangkan dia
dah bahagiakan aku sampai aku da besar gini
1 jer pesanan,
jangan menderhaka pada ibu n ayah anda...
kerana mereka terlalu berharga
bukan
ur girlfriend or boyfriend
yang paling berharga
walau pun kita xbahagia
pasti kan mereka bahagia dengan apa yg telah
mereka tentukan untuk kita
our parent very much

Monday, July 5, 2010

OH LELAKI!!!!

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata "ok" saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak! "
Begitulah kata rakan lelaki pada seorang gadis juga rakan aku.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata,
jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami,
perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri,
sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam? "
Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda utama,
selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna,
salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab,
rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control.
Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar,
apa salahnya lelaki!
RENUNG2KAN LAH
♥♥♥♥♥

Tuesday, June 29, 2010

mujhse dosti karoge - jaane dil mein

~wawawawa~ the simple word is i like this movie....

amin kata kat aku,minat sangat lagu ni nak jadi mcm rani ke???? hehhehe... nothing to say....maybe la kot aku....tu jela jawapan aku........ tapi dalam hati kecil aku die kate aku nadia mukharjee.. mesti dia nak jadi amin rohan r tu.... hahaha.... aku suka cter hepi ending gini..... hope kisah hidup aku pun akan di akhiri ngan hapi ending gak..... kalo dapat suami ala2 hindustan lagi la aku suka... hehehe....... sape2 rase die tu ala hindustan n minat aku... jemput la berkenalan ngan aku ek... hehehe....

♥♥♥♥♥

Monday, June 28, 2010

Go Home.....

On 25 June 2010....
aku balik kampung di perak...
negeri tempat lahir ku....
sepanjang perjalanan pulang,
memang menyeronokkan,ditambah plak dengan kegembiraan berjumpa dengan my mum la..
actually kitorang (aku, uda & abg sukor)
telah merahsiakan something kat our mum tau...
kitorang kate nak balik naek bas....
konon2 nyer..............

abg sukor naik bas dari melaka ke perak n meminta my sis (kak mona) amik di stesen bas di kamunting..hehehehe...

aku pula naek bas dari bukit jalil n turun juga di tempat yg sama...konon2 nyer kitorang akan sampai pada masa yang sama n kak mona harus mengambil kitorang, memandangkan kitorang sampai awal...

uda plak, memang still naek bas,cuma dia balik lambat coz bos xkasi balik awal....so uda maybe sampai ke kamunting malam..dalam pukul 10stgah malam gitu la...hehehee...

so berbalik pada penipuan kitorang ni...mcm2 onar telah kitorang buat....
mangsa nyer kak mona n cik aiy la....
diorang r yang xsabar2 nak g amik abg ipar aku tu....
mak juga x ketinggalan kena kelengtong ngan kitorang...
akhir bila tiba dirumah semua senyum dalam kebenggangan....
mana xnyer...
actually kitorang balik naek kete...bkn nyer naek bas...
mak lak macam bese la kan.....
"aku dah agak dah"
our sibling memang kalo nak balik suke tipu2....
nak happening la konon....
heheehe...


p/s : pada yg dah kena tipu tu,mintak maaf yer....
hanya sekadar suka suki sahaja lor...hehehee.....

Friday, June 11, 2010

masih kah boleh diperbaiki????

11 Jun 2010...
hari aku mengantuk maa...
aku xngantuk mlm tadi....
so aku gna laptop kakma ngan ber facebook n berchatting...
padahal bkn pe sangat pun....
then..jam pukul 1.00 pagi...still xngantuk...
aku gi la baca buku dalam bilik...
dalam kiraan ku,
tidak kurang lebih
jam 3.30pagi baru aku tidor...
aku memang mcm tu....
kalo aku tido lambat tu,kebanyakan nyer coz aku membaca....
bukan nak tunjuk rajin,
dah aku suka kan....
bangun kul 6.15pagi....
mandi dan mlakukan rutin harian ku setiap weekdays la kan...
hehehehe...
tapi pagi ni aku sangat lah tidak bermaya....
keadaan kesihatan ku pun xbape baik...
aku xtau pe penyakit aku ni...
aku sangat risau memikirkan...
di office ku memang sejuk...
sangat sesuai ngan mood aku yang ngantuk dan tidak bermaya...
banyak aku pikir sekarang ni,...
masalah sekeliling amat merimaskan aku....
hormon aku pun da byk yg berubah....
aku xsuka egois ngan perangai aku yg 2 alam ni...
kenapa aku jadi mcm ni yer...
sangat edih aku lihat diriku yg xbermaya ni...
xde wawasan langsung...
xde rupa chekgu wawasan langsung....
(aku memg suka anggap diri aku guru,wlaupun aku bkn guru)
aku down sangat2 sekarang...
aku xtau nak luahkan perasaan kat sape2,...
i need someone to hearing my problem....
something lagi yang aku kongsi....
aku rasa aku da mula gemuk..
tapi berat aku still sama..tapi fizikal aku nampak berisi
sumpah aku kena "diet"
serious memang patut "diet"
kalo x,xde harapan nak kurus.
Ya ALLAH, aku amat tertekan....
bantulah aku....
ampunilah dosa ku....
berkatilah hidupku....
luaskan lah rezeki ku.......
AMEEN...