Welcome

Friday, July 19, 2019

MOUNT FUJI, JAPAN



Lama rasa nya tak menjengah ke laman blog ni..
niat masih nak menulis tapi apa kan daya..
kesihatan tak mengizinkan..

Post ni merupakan post jalan-jalan #throwback
masa bulan Jun time tu belum musim hujan lagi...
sekarang bumi matahari terbit ni setiap hari hujan...
Basuh kain pun 3,4 hari baru kering...

So untuk kali ni kami bawa My Parent In Law jalan-Jalan di Kawaguchiko
Kawaguchiko juga merupakan tempat yang di sukai untuk mendaki Gunung Fuji, walaupun kebanyakan orang memulakan pendakian mereka dari Fuji Subaru Line 5th Station di tengah-tengah gunung ini. Tapi rasanya ramai pendaki tak kan lepas kan peluang untuk mendaki di gunung fuji kerana gunuung ini sangat popular si Jepun dan juga menjadi kebanggaan dan kemegahan negara ini.

Tapi kali ini kami bukan lah datang ke Gunung Fujiuntuk mendaki, kami hanya jalan-jalan melihat keindahan semula jadi di sini. Tambahan pula Gunung Fuji di buka untuk mendaki pada Pertengahan Bulan Julai.

walaupun Kawaguchiko terletak betul-betul di kawasan Gunung Fuji, gunung itu tidak selalu kelihatan kerana awan. Kecenderung untuk melihat gunung ini menjadi lebih baik pada waktu pagi pada waktu pagi (biasanya sebelum pukul 9 pagi) dan pada waktu petang lewat, sementara awan sering menghalang pandangan pada siang hari walaupun pada hari-hari dengan cuaca yang cerah, dan terutama nya ketika bulan-bulan musim panas. 

ini merupakan kali kedua yaya ke kawaguchiko untuk melihat gunung Fuji tapi rezeki kali ke dua baru dapat lihat gunung fuji ni... kadang-kadang datang lah lima kali sekali pun andai awan tebal memang tak dapat nak tengok gunung fuji.

Di Kawaguchiko ni ada 5 tasik yang popular dan sering di lawati, antara nya :


Lake Kawaguchiko
Tasik Kawaguchiko (河口湖) adalah yang paling mudah diakses kerana ia mudah kerana banyak kereta api dan bas dari Tokyo. Sebuah bandar peranginan air panas dengan pelbagai tarikan pelancong dan pemandangan Gunung Fuji terletak di sekitar hujung timur tasik.







Lake Saiko
Tasik Saiko (西湖) lebih kecil dan jauh lebih maju daripada Tasik  Kawaguchiko. Pandangan Gunung Fuji dari pantai Tasik Saiko dihalang oleh pergunungan lain, kecuali di ujung barat tasik dari mana terdapat pemandangan indah gunung berapi.





Lake Motosuko
Tasik Motosuko (本 栖 湖) adalah paling barat dari Lima tasik di  Fuji. Tasik ni susah kalau nak menaiki pengangkutan awam dan kebanyakannya tak pergi ke sana kecuali beberapa tapak perkhemahan di sekitar pantai. Di kawasan tasik ni banyak aktiviti luar seperti berkhemah, mendaki, memancing, berkayak dan sukan air.


Photo by Encik Google

Lake Shojiko
Tasik Shojiko merupakan tasik yang brada di antara Tasik Motosuko dan Tasik Saiko, Tasik  Shojiko (精進 湖, Shōjiko) merupakan tasik paling kecil di antara lima tasik yang lain. Tasik ni terbentuk apabila lava mengalir dari Gunung Fuji.





Lake Yamanakako
Tasik Yamanakako (山 中 湖) adalah yang terbesar dari tasek yang lain di Fuji dan tasik yang diantara yang agak sibuk dengan ramai orang dan pelancong. Tasik ini juga anra yang popular di kunjungi pelancong selain Tasik Kawaguchiko dengan bandar-bandar kecil di hujung barat dan timur serta ada beberapa hotel, minshuku, perkhemahan dan restoran.

memandangkan kami sampai Lake Yamanakako dah gelap so xde lah gambar...
so photo ni dari Encik Google juga yer....


Selepas kami melawat Tasik-Tasik tersebut kami ke Step 5 Gunung Fuji. Selalu nya musim panas je dia buka untuk pendaki so memandangkan masa kami ke sana salji dah tak de so kami dapat naik . Yaya nak share beberapa video dan gambar di TAHAP 5 Gunung Fuji.









Nota :

yaya teringin nak buat giveaway...agak-agak ramai yang nak join tak??
kalau ramai saya akan buat 1 giveaway....


2 comments:

yeaslmn said...

Cantik view kt sana. Teringin nak pegi. Hehe

Beeha Azman said...

Hopefully one day Beeha dapat jalan-jlaan kat sini. ^^ JEmput join GA saya https://beehaazman19.blogspot.com/2019/07/first-giveaway-by-anis-beeha.html