Welcome

Wednesday, July 13, 2011

LONGAN feveretku...yummy2...

 Hari nie tiba² rasa nak tulis pasal buah longan nie.....
sebab apa????sebab aku suka sangat buah nie....
kalo dok depan TV tu sambil makan buah longan nie pastu xsedar...
tengok² dah tinggal 2,3 bijik jer....
aku pun xtau nape dari kecik aku suka gila buah longan nie....
kalau boleh nak je aku makan tiap² hari...hehehehe....
kat sini aku nak share kat korang sedikit info pasal buah kegemaran aku nie...hehehe


Kandungan Buah Longan
Berikut kandungan-kandungan yang terdapat dalam buah longan
Food Value Per 100 g of Edible Portion


FreshDried
Calories61286
Moisture82.4 g17.6 g
Protein1.0 g4.9 g
Fat0.1 g0.4 g
Carbohydrates15.8 g74.0 g
Fiber0.4 g2.0 g
Ash0.7 g3.1 g
Calcium10 mg45 mg
Phosphorus42 mg196 mg
Iron1.2 mg5.4 mg
Thiamine
0.04 mg
Ascorbic Acid6 mg (possibly)28 mg
sumber : www.hort.purdue.edu.


KHASIAT LONGAN
Bahagian tanaman longan yang paling menonjol manfaatnya adalah bahagian buah. Namun begitu bahagian yang lain seperti akar, biji, daun dan pokoknya juga mempunyai manfaatnya tersendiri .
  • Akar dan daunnya mempunyai quertin dan quercitrin .  Akarnya boleh membersihkan saluran air kencing dan melancarkan peredaran darah . Daunnya pula boleh digunakan untuk ubat anti radang dan meredakan demam.
  • Bijinya walaupun keras tetapi mempunyai khasiat antaranya untuk menghilangkan rasa sakit . Bahagian biji juga mempunyai khasiat lain antaranya bermanfaat sebagai bahan pembuat syampu rambut kerana kandungan saponin yang dapat menghasilkan buih yang banyak.
  • Isi buah longan dikatakan boleh bertindak sebagai stomatik (agen yang merangsang aktiviti rembesan digaster dan digunakan sebagai tonik untuk meningkatkan selera makan ),  febrifuge(rawatan atau ubat yang mengurangkan atau mencegah demam ) dan vermifuj ( sebarang ubat atau agen kimia yang digunakan untuk singkirkan cacing dari usus). Air rebusan buah yang telah dikeringkan boleh digunakan sebagai tonik dari rawatan imsonia . Buah longan juga boleh meningkatkan stamina kerana mempunyai sukrosaproteinlemakglukosa, dan asid tartaric. Bagi ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin dikatakan baik untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang. Namun perlulah meminta nasihat doktor terlebih dahulu. Manfaat lain apabila memakan buah longan secara teratur dapat mengurangi demam, menambah nafsu makan, mencegah anemia dan rambut beruban.

No comments: