Tuesday, April 26, 2011

bila mak menangis....

hai semua...
sihat ke???
hari nie aku nak sembang2 pasal seorang wanita yang di gelar ibu,mak,mummy,mama dst.....
semua orang ada ibu kan.....aku pun ade....aku sayang sangat kat mak....
mak aku segala-galanya buat aku...kalau mak xjaga aku tah apa lla nak jadi kat aku sekarang...
mak selalu bantu aku..mak selalu menyokong aku..mak segala-galanya...
mak la selalu back up aku bila aku kena hentam dengan kakak2 n abang2 aku...
mak la yang susah payah cari ubat dan rawatan bagi sembuh kan penyakit aku...
------------------------------------------------------------------------------------
berbalik pada tajuk di atas...
aku mula berfikir,kenapa ada orang yang sanggup sedih kan hati mak...
kenapa ada orang sanggup buat mak rasa sedih...
aku x kata aku baik...kadang kala aku terlepas jugak berkasar dengan mak...
tapi apa kan daya aku,apa pun aku pasti akan minta maaf kembali...
Aku sebagai anak rasa sedih sangat bila orang buat mak aku terasa...
tambah2 meng aib kan family aku...seteruk-teruk kita jangan 
la ada hasat dengki atau mengheboh-heboh kan keburukan orang lain...
allah dah mencipta manusia dengan sifat pemalu...
di mana sifat pemalu tu yang buat keburukan kita tersorok...
tapi kenapa masih ada yang teruk jadi macam ni ha???
----------------------------------------------------------------------------------
aku kalau orang buat kat aku aku x la sedih sangat...
ni buat kat mak aku,mak aku punya la baik 
mak aku selalu jaga perasaan orang lain walaupun hati dia terluka...
mak buat macam2,tapi orang lain x sedar...
if kalau mak rindu kat anak2 dia pun dia pendam je...
tapi kita sebagai anak xkan xleh berfikir semua tu kan....
kita ada tanggung jawab untuk menjaga mak or abah kita....
aku dah xdak abah, y not aku cuba bahagia kan mak aku...betul x???huhuhu
-----------------------------------------------------------------------------
sensitif betul aku ni sekarang,mungkin semakin dewasa seseorang itu
semakin matured kot,mana la nak tau kan....
mak selalu kata,
"seorang ibu boleh jaga sembilan anak,tapi 9 orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu"
aku ingat pasal tu...tapi mampukah aku mengubah apa yang mak kata tue...
semoga aku x tergolong dalam golongan anak2 yang jahil di mana x 
memikir kan orang tua kita....ya allah lindungi lah aku.....amin pernah cakap kat aku:
"ingat yer,kita kena ingat jasa mak kita sampai kita mati"
insyaallah aku akan ingat.....
amin...
mak, i love you so much....
ya allah permudah kan lah urusan mak aku dan bahagiakan dia selamanya....
amin....

Monday, April 25, 2011

kisah aku di PLKN..


selamat sejahtera malaysia...
selamat sejahtera blogger-blogger sekalian...
hari ni nak citer pasal kisah kat PLKN...
nape tiba2 rasa nak tulis kan,nape tibe2 leh teringat sedangkan dah lama tinggal kan PLKN....
aku ke PLKN secara paksa...ye memang pun..aku xpenah ke mana2 secara rela...
selalu terpaksa.....walhal dah keja pun,terima kerja secara paksa...
tapi aku redha jer,sebab pasti akan ada yang terbaik untuk aku akan datang...
dalam bas sayu jer hati..mata aku memang nak menangis tapi wat2 cool jer....
hakikat nya macam nak kasi banjir je bas tu..ramai yang menangis..hahahaaha....
----------------------------------------------------------------------------------
bila dah sampai kem macam bese la dalam dok rindu2 kat mak,kena la biase kan diri ngan tempat hutan tu
huhuhuhu..sabo jela kan...semakin hari semakin suka ngan tempat tu..
semakin hari semakin senang hidup dalam kem yang sederhana kecil tapi kawan2 yang best...
nasib baik kwn sekelas ngan aku dpt satu kem ngan aku..hehehe....
so aku ok la sikit...
tapi lama2 aku mula kenal dengan ramai orang....
laki,pompuan,melayu,cina,india....yang pasti kita 1 malaysia...
--------------------------------------------------------------------------------
orang kata pergi ke PLKN selain menuntut ilmu mesti ade lain akan diperolehi
hehehehe...ye memang pun...(menyelam sambil minum air)..
...couple....semakin hari semakin ramai couple...
semakin ramai yang bercinta...senyap2 takut jurulatih tahu..kantoi nanti...
aku???aku couple x???hahahahha...remaja kan..jiwa remaja xpenah lari dari nak mencuba....
tapi aku xberniat..dia yang nak kenal aku...bukan salah aku...
hahahaha.....ya memang aku pernah mencuba...tapi hanya sekerat jalan je....
pas habis latihan 3 bulan,kami ambil keputusan untuk jadi kawan je....
orang kata,mungkin jodoh xde kan....
alhamdulillah ,walau pun kami kawan,kami still contact....hehehehe....
(jangan tanya perasaan aku sekarang kat dia k...aku dah memang x minat kat dia,aku dan dia
xlebih dari seorang kawan)
----------------------------------------------------------------------------------------
sori if rasa bosan citer nie,tapi naa pun blog kita,ikut suka la kita nak share pape asal kan
x aib kan orang kan...banyak pengalaman aku masa PLKN dulu...
sekurang nyer gadis yang terlalu sopan santun (lembik) boleh memajukan diri supaya xlembik dah...
selain tu xdela kena buli n yakin dengan setiap keputusan....
------------------------------------------------------------------------------------
masa PLKN walupun makan banyak kitorang x gemuk...
tapi sekarang bila dah kerja..semakin makan banyak
semakin gemuk....sedih jer..huhuhu..aku xnak gemuk.....far away lemak2....xsuka2....
aku nak doakan semoga semua jurulatih,komander ken sihat2 dan happy selalu
kalo xde jadsa diorang semua aku xkan seyakin dan setabah ini...walaupun kena bangun awal pagi setiap hari..huhuhu...sekian...
---------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, April 13, 2011

oh OMEGA...

hai semua...
hari nie rasa free sikit...all my bos g sarawak....
perasmian batang lupar..so aku yang kena tinggal di office dengan rasa gembira nya rasa free sikit...
hahaha...like..like..like...
ok hari nie kan...
tanggal 13 april 2011 (besday en lokman tu hari nie)
aku dengan berani nyer pagi2 datang office wat air susu OMEGA TU...
putih nyer susu...
aku buat2 berani la minum kan..maklum la nak kurang kan kolestrol....
must try..must try..must try....
(maklum la aku ni xminum pure susu...xlalu..xsedap...)
hehehehe...caya la nadia hakimah...
bila nak meneguk buat kali petama.....
tiba2....
wuueeekkkkkk.....wuueeekkkkkk.....wuueeekkkkkk.....
muntah lagi....muntah...hahahahahaa....terbaik....
sangat membazir la ini budak..
pabila melihat air di mug rasa cam membazir la plak kalo x abiz kan...
ade rasa kesal,malang nyer tekak masih xleh terima minuman yang bernama SUSU or MILK ni...
then aku amik sesudu milo....
bancuh la dengan susu tersebut...baru la ade rasa sikit...
yummy...yummy...yummy....
pada
wweeeekkkkk...wwweeekkkk....
tadi kan.....
semoga kolesterol berkurangan...walau pun aku xtau kolestrol aku ni tinggi ke x...hehehehe....
sekian terima kasih...
cerita untuk hari nie..hehehehe....



Sunday, April 10, 2011

RaGaM mAiSaRaH...

hai semua..
rasa lama benor x update blog selepas mengalami tension gila...
huhuhuhu...
hari nie terasa teringin nak kemas2 balik blog nie...
dah banyak habuk bertaburan kat blog ni....
macam rumah tinggalan lak...
eerrmmhhh,...
actually hari ni xnak tulis pasal masalah n gosip2 sekeliling...
aku just nak tunjuk ragam my sweet anak buah...
Batrisya Maisarah binti Muhammad Firdaus
hehehehe...panjang nyer nama...
maisara anak abang aku..merangkap abang bongsu aku...
die suke bergambar, like aunt la kan...hehehe
so tgk la anak buah aku nie...huhuhu...
antara pose yg dia buat...
actually ada banyak...buh sikit2 dah la kan..hehehehe...