Welcome

Monday, October 28, 2013

BLOG BERSAWANG

tengok orang update pasal blog rasa best...
rasa nya dah lama x update blog....
dah lama x membebel dalam blog.....
banyak yang berlaku....
semua yang mematangkan aku...
from now...nak update blog semula..hehehehe...

Monday, June 17, 2013

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.





1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Wednesday, April 3, 2013

PURPLE WALK

Pada 17 Mac 2013....berlangsungnyer program  "PURPLE WALK".....
program ni berlansung dekat putrajaya....ramai giler manusia....
walaupun program ni actually mcm women  walk....
tapi ada gak lelaki kat sana....aktiviti sihat....join je lah...
nak bersukan sorang-sorang malas kan....
jom tengok gambar....tapi x banyak...
sikit jer







Friday, March 8, 2013

TREENEA, FELINNA dan MUSTAJAB.....

tengok pada tajuk dah pikir yang aku ni ni promote la tu.....mesti jugak rasa aku ni mesti jual barang2 ni...
tu yang beria sangat post pasal produk2 ni...
actually aku sikit pun bukan nak berniaga...
aku cuma nak share barang-barang yang sangat mujarab dengan diri aku...



1. TREENEA (VCOANTIOXIDANTS)




Kalau kita beli or tengok kat kotak benda alah ni dia akan tulis produk ni untuk pape kan...
antara nya :

FUNGSI, KHASIAT DAN KEBAIKAN VCO ANTIOXIDANTS:
• Membantu kelancaran system pencernaan
• Meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh
• Menbantu mengurangkan berat badan
• Mengurangkan kadar kolesterol dan darah tinggi serta risiko penyakit jantung
• Membekalkan nutrien penting dalam membantu pertumbuhan rambut yang sihat
• Membantu merawat pelbagai masalah kulit
• Menyokong fungsi tiroid
• Menghalus dan menyeragamkan struktur kulit


tu diorang yang tulis....tapi bila untuk diri sendiri...tuan punya badan yang pakai....

1. aku ni ada masalah dalaman...so perempuan kalau dalam 3 atau 4 bulan dah x datang bulan (period) ni dah merupakan masalah...itu lah masalah aku...aku kalo nak period aku kena g farmasi tehn mintak ubat...kadang2 ahli farmasi tu x kasi jugak...yelah aku faham itu ubat terkawal..bahaya,,,,tapi apa aku boleh buat....ada jugak orang suruh aku g klinik jumpa doktor..maklumlah aku ni takut nak jumpa doktor....aku takaut doktor kata aku pregnant secara tiba-tiba atau pun penyakit yang bukan-bukan....aku memang x suka gi jumpa doktor (doktor cinta i suka lahhhhh....kihkihkihkih)....so,aku terpandang kat FB senior aku..aku try lah cuba makan....alhamdulillah dengan kuasa ALLAH, selepas 4,5 hari makan dengan cara teratur period aku dah datang...tanpa perlu ubat paksa period...

2. selalu kalau aku period mesti sakit (senggugut) tapi kali ni dah xsenggugut...alhamdulillah...kalau x memang macam orang dalam pantang dah aku...dulu kalau aku makan ubat paksa period tu (aku x tau nama ubat tu), mesti pinggang aku sakit yang teruk...
tapi sekarang dah ok..hehehe....syukur alhamdulillah....




2. FELINNA INCHLOSS



kalau kat FB diorang tulis banyak pasal kekurangan inci pada badan kita lah kan...pada mula nya aku beli memang untuk itu...tapi untuk sekarang aku pakai untuk rasa x sesak nafas...hehehehe...
bila aku pkai felinna ni pertamanya memang aku rasa badan aku ni wangi jer.....pastu kalau p keje...badan rasa sejuk jer time drive..selesa jer g keje..tapi kalau berpeluh...nasib badan lah..panas giler n pasti nya pedih...sampai kan bila aku tengok cermin muka aku sampai merah tahan kepedihan..hehehe...
selalu aku rasa pakai felinna ni xde perubahan pun..tapi bila pakai baju yang dulunyer xleh pakai tapi sekarang boleh pakai buat aku rasa xnak lepaskan jer felinna ni.....hehehe...



3.MUSTAJAB



Aku pun xtau kenapa aku suka mustajab..tapi yang pasti nya sebelum aku menggunakan TREENEA dan FELINNA ni aku dah pakai mustajab...mustajab ni memang best bagi aku..sebab bila aku rasa terlalu banyak angin dalam badan..dia akan keluarkan angin dalam badan kita xkira lah dari atas atau pun badan....
satu lagi yg best kalau korang  rasa korang dah buncit..pakai lah mustajab....aku penah paksa kakak aku pakai...pas dia bersalin...pas 3 bulan husband dia kata dia nampak lagi kurus pada dulu..huhuh...


saja nak share....hehehehe

sekian, terima kasih. (macam tulis surat formal lak....huhuhu)




Tuesday, January 29, 2013

2013...

29 Januari 2013....
2013.....maksudnyer tahun ni aku dah 23 tahun....satu lagi anak tangga....
semakin hari usia semakin meningkat, itu adalah hukum alam....
hurm....bila bercerita tentang tahun baru...umur baru ramai yang pasti nya azam baru....
bagi aku azam saja x berguna jika kita kita tidak melaksanakan....atau pun melaksanakan hanya
separuh jalan....bila di tanya tentang zam aku....aku sendiri x dapat jawab apa sebenar nya azam aku sekarang ni...
tapi aku perlukan dan mahukan satu perubahan.....
aku xnak ada di takuk yang sama sehingga usia aku menjangkau hingga bertangga-tangga....
antara azam perubahan yang aku berharap dapat aku laksanakan adalah : -

   1.     solat pada masanya....jauh kan diri solat pada akhir waktu (penuh harapan)
   2.     Rajin dan sentiasa rajin siapkan homework serta segala bagai assignment....
           bukan dah nak last date baru nak bua...t
   3.     nak menabung.....walaupun hanya RM10 sebulan.....kurangkan shopping......
   4.     berfikir tentang kahwin.....huuyyyoooo...nampak macam xsabar...tapi hakikatnya kena lebih
           serious tentang soal ini...supaya tidak mengecewakan orang yang sentiasa berharap dan
           menunggu..
   5.     sentiasa mengembirakan orang yang tersayang..semestinya ibu ku sayang.....
           xnak mak susah hati lagi
          dengan memikirkan masalah aku...kalau ada lah kan.....
   6.    sentiasa mementingkan penampilan.....  (yang ni x berapa penting sangat...tapi boleh lah)
   7.     nak rumah sebijik....walaupun hanya sewa.......

rasa nyer belum terlambat untuk aku buat semua tu kan.....hurm...agak2 aku boleh buat ke semua ni??agak-agak aku boleh berterusan ke semua ni....semoga semua nyer tercapai...amiin....

doakan untuk saya..........

Tuesday, January 22, 2013

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : 

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" 

 Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. 

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

 "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". 

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: 


"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". 

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

 Maka mayat itu menjawab: 

"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". 
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda: 

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi: 

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud: 

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. 


Tuesday, November 6, 2012

Mahar Ku Untuk Mu - Alief Janeng



Inilah mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu