Welcome

Tuesday, November 6, 2012

Mahar Ku Untuk Mu - Alief Janeng



Inilah mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Friday, November 2, 2012

Kerjaya Doktor





Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.

Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka dilantik sebagai pelatih pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang perlu dilalui ialah 2 tahun.

Selepas 2 tahun, seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD44 secara automatik. Manakala genap sahaja perkhidmatan sebagai pegawai perubatan selama 3 tahun selepas perlantikan UD44, automatik akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD48.

Selepas 5 tahun berada pada pegawai perubatan UD48, seseorang akan dilantik terus secara automatik kepada UD52 dan selepas 5 tahun akan terus dilantik ke jawatan UD54.

Pelajar-pelajar perubatan yang lulus dengan jayanya, kerjaya sudah sedia menanti. Tiada istilah pengangguran dan kesusahan mencari pekerjaan bagi pelajar2 perubatan.

Benarlah kata orang2 di zaman saya, belajar susah, kerja senang jika belajar senang maknanya susah lah nak dapatkan pekerjaan.

Dengan peluang kerjaya dan prospek kerjaya menarik, ramai mungkin tidak sedar betapa sukarnya menjadi seorang doktor atau pegawai perubatan.

Walaupun tugas seorang doktor adalah tugasan mulia, insyallah mempunyai pahala yang besar jika ikhlas bekerja tetapi cabaran menanti juga besar. Antara cabaran yang menanti:

Cabaran di Hospital


Cabaran yang menanti seseorang doktor bermakna mereka bertarung untuk menyelamatkan nyawa manusia. Dalam tugasan tersebut, ada yang kurang faham menyebabkan kes saman menyaman berlaku ke atas seseorang doktor.

Cabaran yang kedua, kekurangan doktor menyebabkan ada doktor yang tidak berminat dalam bidang tertentu terpaksa berkhidmat dalam jabatan yang mereka kurang minat. Ini menjejaskan prestasi mereka dalam melakukan sesuatu displin.

Cabaran yang ketiga ialah oncall berselang sehari hingga tiada ruang rehat untuk diri sendiri. Oncall bermakna seseorang doktor perlu bertugas selama 24 jam di hospital.

Cabaran yang keempat ialah persatuan doktor yang tidak kuat untuk membela nasib para2 doktor di sektor awam. Ini kerana kebanyakkan penyandang utama persatuan doktor adalah doktor yang berkhidmat di sektor swasta.

Cabaran yang kelima berkaitan dengan pentadbiran hospital yang tidak pandai mengurus kedudukan doktor2 di hospital seperti tidak boleh membezakan jabatan mana yang lebih utama. Contohnya, jabatan kecemasan dan kemalangan hanya ada 1 orang doktor berbanding dengan jabatan perubatan yang mempunyai 5 orang doktor.

Masalah ini terjadi bilamana jabatan kecemasan dan kemalangan tidak mempunyai pakar dalam bidang tersebut manakala jabatan perubatan mempunyai pakar dalam bidang terbabit. Namun, jika dilihat secara kasar dan halus sudah tentu jabatan kecemasan dan kemalangan sepatutnya diberi keutamaan.

Cabaran di Rumah


Berkahwin dengan seorang doktor memerlukan suami/isteri yang perlu memahami. Usah bermegah kerana isteri/suami seorang doktor kerana kadar penceraian bagi kerjaya ini adalah tinggi.

Seorang doktor perlu berkhidmat 24 jam sehari, perlu dipanggil bilamana berlaku kecemasan, ada juga perlu berkhidmat selama 7 hari seminggu di hospital bila mana keadaan memerlukan.

Maka untuk suami, sanggupkah anda menjaga anak  kerana kerjaya isteri anda seorang doktor. Sanggupkah anda menyedia dan mengurus rumah tangga sepanjang ketiadaan isteri anda. Maka anda adalah seorang ayah/ibu kepada anak2 anda.

Usah bercita-cita untuk mengahwini doktor jika anda fikir anda tidak berkemampua untuk menguruskan perkara2 tersebut. Jika ditakdirkan, itu jodoh, maka bersedialah dengan mental dan fizikal untuk mengurus rumahtangga.

Begitu juga, semasa musim perayaan. jangan harap anda dapat beraya dengan sanak saudara jika isteri/suami anda seorang doktor. Sebagai seorang doktor, isteri/suami perlu bekerja di hospital manakala anda mungkin beraya berseorangan ataupun bersama2 dengan anak.

Bukan anda sahaja perlu memahami tetapi mungkin juga keluarga anda. Jika tidak, rumahtangga yang dibina mungkin rosak binasa.


http://jommelabur.wordpress.com/2010/06/10/kerjaya-seorang-doktor/




(semoga note ini sentiasa memberi peringatan agar incik doktor dan saya lebih bersabar dan tabah)

Thursday, November 1, 2012

Wedding Dress...

hari-hari kemalasan aku,datang balik...
so bila xtau nak buat apa..mula la search benda bukan-bukan....
tapi cane tah tiba-tiba boleh pulak tertaip lak WEDDING...
tapi bila dah taip wedding.....tamabah lak jadi kan wedding dress....
so ni lah antara nya dress yang pada pandangan mata kasar saya yang buta seni
ni rasa berminat......
berminat bukan sebab aku nak pakai tapi menarik perhatian...
mana nak tau kan kalo tiba2 minat boleh jadi kan dress-dress semua ni
di gabung kan menjadi wedding dress ala-ala muslimah kan.....






*aktivitisukasukabilabosan*

sumber : GOOGLE...

Tuesday, October 30, 2012

Aidiladha 2012...

hari ini membuka bicara kembali...
actually busy tu memang busy..maklum lah assignment banyak giler....
kerja biasa-biasa aja....yolah keje mana habis..makin bertambah lagi adalah kan...
sekarang lak zara dah balik rumah....lalai lagi layan anak dara sorang tu....
potpet..potpet...potpet...
non stop bla...bla..bla.....
Alhamdulillah, hari raya aidiladha berjalan dengan penuh kegembiraan...
walaupun pergi dan balik jalan jem...
tapi bila sampai kat kampung penat lelah semua hilang...
as usual, malas nak tulis banyak-banyak sebab xpandai nak tulis...just enjoy jela dengan
gambar kitorang ni yer...
selamat hari raya aidiladha semua....






semoga raya kali ini akan merapatkan lagi hubungan silaratulrahim kami semua...
aminn....

Tuesday, September 4, 2012

hati seorang pekerja....

lama rasa nya x update blog....
walaupun class masih belum start...
tapi kemalasan dan kekangan masa buat aku xde minat nak update blog
hari ni nak cerita pasal hati dan perasaan sikit...
pasal keadaan di sekeliling kita....
aku tertarik untuk mencoret sedikit tintang isu
ini
bukan apa..bukan nak update pasal cinta2..tapi hati seorang pekerja...
perasaan menjadi hiba jugak la bila jadi serba salah jadi nya...
bila kita berada di situasi "tengah2" memang membuatkan kita rasa tertekan kadang kala..
ada masa bila bos A arahkan kita mcm ni,,,kita lakukan sebab atas arahan...
walaupun kita tahu benda ini tidak patut...
hanya kerna dia mempunyai kuasa veto dan kita hanya orang bawahan kita lakukan saja...
kerana apa..kerana
saya yang menurut perintah
tapi apabula melakukan semua ini, ada pulak bos B yang kuasa veto nya hanya 
terhad kepada orang bawahan sahaja...
di sini aku mahu merungkai sedikit kepada mereka yang di beri rezeki lebih kerja sebagai 
ketua...

 " ....anda juga manusia biasa...kami orang bawahan juga manusia biasa, jgn terlalu mengikut perasaan jika berlaku sesuatu yang anda rasa, anda tidak selesa dengan perkara tersebut, segera lah menyiasat,     andai telah siasat, bawah berbincang..jangan marah2...kerna bila anda siasat mengunakan hati murni anda itu pasti anda akan jumpa perkara sebenar, dan jangan menganggap orang bawahan adalah tempat untuk anda menghilangkan amarah anda....sila lah berjumpa dengan orang atasan yang lebih bertanggung jawab..ingat..mati nanti kita semua sama, walaupun anda adalah seorang jutawan..jangan terlalu berlagak dan sentiasa memikirkan anda sentiasa betul...."

post ini bukan saja satu benda yang tidak baik tapi telah mempamerkan keperibadian anda yang boleh mengaibkan anda....ingat umat manusia....allah telah menyimpan aib kita..jangan sewenang2 nya kita membongkar nya....dan kita perlu tahu...jangan terlalu mengikut amarah...kerna manusia yang terlalu mengikut perasaan akan membuat orang rasa ingin menjauhi kita......
orang lain mencemuhi kita...
peringatan untuk semua seta diri sendiri yang sedang semakin alpa....

Tuesday, August 28, 2012

selamat hari raya


Selamat Hari Raya Aiddilfitri
maaf zahir dan batin
kepada semua kawan2 blogger
dan
kawan2 yang selalu follow blog ni...
maaf andai ada terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang perkenalan kita
di dalam blog atau pun di luar blog....

Thursday, August 9, 2012

KHASIAT MAKANAN MENURUT NABI S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas serta membuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. Elok diminum pada waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata dan membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata dan perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum cuka dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.