Welcome

Thursday, December 27, 2018

Segmen Bloglist YEASLMN #2019 (Januari - Disember)





1 more segmen for today
so ini adalah contest yang kedua aku join untuk tahun 2018
harapa-harap lepas ni ada ramai Lagi buat contest yang aku boleh join

so kawan-kawan yang nak join boleh click dekat banner kat atas ye. 
Semoga bila join segmen bloglist yeaslmn ni ramai jugak la blogger-blogger follow my blog yang 
mula untuk bernafas kembali. lama menyepi tetiba rasa nak nak aktif kembali.

Good Luck Kawan-Kawan

Jangan lupa join ok!!!

AZYYATILIAH.COM GIVEAWAY 2018 | WIN DUCK CARD HOLDER



sila click pada gambar kalau nak join

Hi kawan-kawan..

 Firstly :

Happy Belated Birthday to Sis Azie..

Sempena birthday sis azzyatillah, dia dengan berbesar hati buat satu giveway untuk semua blogger-blogger.

So sesape yang berkelapangan dan berkesempatan dan teringin nak DUCK CARD HOLDER  ni jangan segan silu join contest ni. Mana tau rezeki dapat kan.

Syarat-syarat penyertaan sila klik pada gamabr k.

good luck


Wednesday, December 26, 2018

LEPAT PISANG

Masa cuti hari krismas hari tu memang masa aku dan Mr. shujin untuk mengemas jela. Jadi masa banyak di habiskan di rumah. Selalunya bila cuti kami akan hang out sama-sama tengok wayang sebab hidup berdua ni jalan-jalan jela selain dari balik kampung melawat orang tua.

 Entry hari ni bukan nak cerita pasal aktiviti kami di rumah tapi nak share something yang aku rasa aku mampu jugak buat walaupun xla cantik rupa makanan aku ni, tapi rasa dia sedap tau. So petang-petang hujan ni aku merajinkan jugak la buat lepat pisang menadangkan dekat luar rumah tu terlalu banyak daun pisang yang buat mata aku rasa nak cantas semua daun-daun dia.

Maka jadilah menu minum petang kami iaitu LEPAT PISANG minum dengan air teh o panas-panas.

Minum petang teh o panas dan lepat pisang


So kali ni kita share cara menyediakan lepat pisang ;

Bahan-Bahan :

7 Biji pisang ( aku guna 4 biji pisang berangan)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 pelepah daun pisang

Cara-Cara menyediakan :

Lenyetkan pisang dengan sudu/senduk tapi jangan terlalu hancur sebab nanti bila dah masak nak rasa ketulan isi pisang tu.

Masukkan garam dan gula gaul sebati. Selepas itu boleh lah masukkan tepung gandum tersebut dan gaul sehingga semua bahan-bahan tersebut sebati.

Layurkan daun pisang di atas dapur gas (fungsi layur daun pisang agar masa lipat nnt daun tak terkoyak) Potong daun pisang (saya potong daun pisang ikut saiz tapak tangan).

Letak adunan tadi ke atas daun pisang dalam dua sudu dan lipat kiri dan kanan. Selepas itu di sebelah hujung lipat kebawah supaya adunan tadi tidak tertumpah. Akhir sekali boleh lah masukkan ke dalam periuk pengukus, dan kukus selama 10 - 15 minit. tunggu sejuk sikit dah boleh makan. 

maka jadilah pisang, rupa x cantik tapi rasa 1st class
so aku rasa bangga jugak la sebab ni 1st time aku buat lepat pisang dan menjadi. terasa bangga plak masakan aku menjadi.


PERSONALITI DIRI


Sifat manusia kadang-kadang berubah mengikut peredaran masa. Aku kadang kala melihat setiap sifat mereka, begitu juga dengan sifat diri sendiri. Dalam pemerhatian aku orang-orang di sekeliling kita kadang kala bukan lah teruk seperti yang kita sangka kan.

Mereka kelihatan teruk dan juga kelihatan sangat mengjengkelkan tapi dalam hati pasti ada juga kebaikan. Mereka hidup dengan penuh kegembiraan, jadi tidak wajar jika kita menafsirkan mereka sebagai sifat negatif.

Dalam apa yang aku lihat ada beberapa orang yang mempunyai sifat yang sangat berbeza dalam diri mereka. Antaranya :
  • Mudah tersenyum lemah lembut bila di depan tapi di belakang mereka lah yang paling banyak menjadi dalang.
  • Senyap seribu bahasa di depan tapi bila di belakang mereka lebih dari apa yang kita lihat pada orang yang bising.
  • Bising, sentiasa cakap berteruas terang di depan orang lain, dia lah yang berani menyatakan sesuatu tapi hakikat sebenar dia lah yang paling lemah antara orang lain, dia lah seorang yang sangat lemah, lemah dan lemah.
  • panas baran dan suka marah-marah di depan atau di belakang orang lain, suka cakap lepas tanpa fikir dulu baik atau buruk bila meluahkan.
  • Sentiasa beremosi, sering meluahkan emosi, sering merasakan diri sentiasa di tindas dan sentiasa merasa kan apa yang orang lain buat tujukan kepada dia. Sebenarnya orang jenis ini lah yang takut pada bayang-bayang mereka sendiri.
Tapi aku yakin walau apa pun sikap atau apa pun perasaan mereka, sebenarnya dalam diri orang-orang seperti ini masih ada sifat baik dan juga sifat kemanusiaan yang tinggi. Cuma kadang kala kerana di dunia ini mempunyai penghasut (syaitan/iblis) mereka menjadi golongan yang tidak bertimbang rasa dan juga menjadi pengadu domba. Mereka lah yang kelihatan lebih jahat dan teruk. Tapi diri mereka masih ada sinar kebaikan.

Monday, December 10, 2018

SPIN-OFF STORY OF NINJAS - LEGEND OF OSOTOKI


The story is set in mountain lodge on a gold mine of the Date clan. Sagen, a ninja who serves Date, has stealthily been digging a hole in the  ground by orders of his Lord. But he hasn't been told about the purpose yet.

Now, his colleague Riku comes there and show him a secret letter from their lord. It is a next command for them, as below.

The Tokugawa shogunate a plotting to take our treasured gold mine by force. To oppose this, block the entrance of the mine and pretend that it has been abandoned because of a roof-fall accident.

Then, spread a rumor like this :

 "people who entered the mine to dig up a hugegold nugget were all buried alive by a roof-fall, which wgas the punishment by the mountain god. Only a female servant, called Osotok, was faithful enouighto be released. She informed others of this dreadful incident.''
After hearing this, Takogawa will fear divine punishment and give up our mine. From now on, we go in and out there through the hole Sagen has dug.

When Sagen and Riku admire this scheme, ninja has who serve Takogawa suddently appear and request to show the letter to him. The two refuse it to keep secret of the Date's mine. It causes the fierce fighting between ninjas.

Finally, Sagen and Riku struggle through the crisis and win the enemies. They rush out to carry out  the command.

That is, to play a trick of the legend of Osotoki......






Monday, October 1, 2018

SATU RM10.00 - LIMA RM25.00


Weekend hari tu sebab terlalu bosan di rumah.
kami keluar ke AEON Cheras Selatan hanya semata-mata nak tengok cerita PASKAL
movie ni bagi aku best la sebab jarang cerita melayu nampak real tan tetiba pas habis je cerita tu aku 
pun cakap la kat shujin 

" walaupun my dad not PASKAL team, but im glad be a soldier's daughter "

but, bukan aku nak review pasal cerita paskal ni. aku nak citer pasal aku ke POPULAR BOOK STORE dekat situ. dekat situ tengah ada sale... dia nak clear kan stok-stok yang lama. aku ni pulak kalau ke kedai buku kalo sejam x sah. kadang-kadang x beli pun tapi suka tengok buku-buku tersusun.



so nak di jadikan cerita aku dengan secara tak sengaja terbekenan dekat dua buah buku ni. datu tajuk dia WHITE GHOST GIRLS satu lagi IN DARK NESS. Harga plak x mahal rm10.00 jer. selalu mahal jugak buku-buku ni. tapi dah lama-lama belek tengok  dia tulus buy 1 @ rm10.00, buy 5 and above rm5.00 each. kalau korang jadi aku pun sah-sah la beli lebih pada tu kan.

mengikut pengiraan aku :

'' beli dua naskah buku RM20.00
Beli lima naskah buku RM25.00 ''


So better aku aku beli lima naskah kan. so baru lah rasa berbaloi-baloi walaupun di sindir oleh my little sister kata nya takut sempat baca dua nashkah buku je tahun ni. Nampak sangat kutuk aku.





so sesiapa yang rasa nak beli buku boleh la ke bookstore tersebut di :


Lot F05
Firsr Floor
Kompleks membeli Belah AEON Cheras Selatan
Lebuh Tun Hussein Onn
43200, Balakong, Selangor





CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO


31 Mac 2018 (Sabtu)

Memandangkan this weekend kena jaga triple A sebab ibu diorang kena kursus so i and Mr. Shujin plan bawak budak-budak tu tengok cat dekat area Bangi. Si kakak mintak pi Zoo Negara sebab nak tengok "binatang garang" katanya.. tapi memandangkan hari sabtu and nak ke KL di tambah dengan jem,  kami tepaksa tukar plan sebab kami yang "instant parent" tak yakin boleh bawa budak2 ni dengan jaya nya sejauh ini.

Kami plan ke Cat Signature Cafe & Studio atas beberapa sebab :


Dekat dengan rumah
Budak-budak ni memang suka kucing
Cuaca mendung sesuai aktiviti-aktivit indoor
Senang nak kawal budak-budak


Dekat Cat Signature Cafe & Studio ni yang paling aku suka sebab dia asingkan tempat makan dengan studio kucing-kucing tu. Studio kucing dekat tingkat atas and cafe dekat tingkat bawah. Studio tu ada aircond so xdela budak2 ni bising panas sampai diorang x selesa. so sampai-sampai kami naik atas dulu ke studio sebab nak bagi budak-budak puas main dengan kucing.

Kucing jinak and budak2 pun enjoy

manja sangat kucing2 ni
 kalau sebelum ni bawak budak0budak main outdoor ada je bising panas lah penat lah..kali ni kita bagi diorang enjoy dengan indoor pulak. senang nak kawal sebab kawasan dia tak terlalu besar disamping pintu yang sentiasa tertutup. 

dak idan kejap berani jepa takut

alya lah yang paling berani main-main dengan kucing

tumpang sekali lah pegang-pegang meow nie...
Dalam 30-40 minit jugak kami dekat situ sampai si Abang cakap "yaya, im tired, nak tido..." so kami ambik keputusan untuk turun makan kat bawah.Makanan dekat cafe dia bagi kami yang suka makan ni memang sedap. Sebab aku suka makan makanan ala-ala thai ni. so aku rasa pasni kalo nak p makan berdua dengan Mr. Shujin boleh la datang situ lagi, memandangkan kami selalu lalu depan jalan cafe tu.


Antara butiran :

Cat Signature Cafe & Studio
Jalan 8/36, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor


Waktu beroperasi :

11:00 pagi - 11:00 malam
Jumaat (tutup)

Tiket :
Dewasa : RM10.00
Kanak-Kanak (4thn - 12 thn) : RM7.00