Welcome

Wednesday, December 26, 2018

PERSONALITI DIRI


Sifat manusia kadang-kadang berubah mengikut peredaran masa. Aku kadang kala melihat setiap sifat mereka, begitu juga dengan sifat diri sendiri. Dalam pemerhatian aku orang-orang di sekeliling kita kadang kala bukan lah teruk seperti yang kita sangka kan.

Mereka kelihatan teruk dan juga kelihatan sangat mengjengkelkan tapi dalam hati pasti ada juga kebaikan. Mereka hidup dengan penuh kegembiraan, jadi tidak wajar jika kita menafsirkan mereka sebagai sifat negatif.

Dalam apa yang aku lihat ada beberapa orang yang mempunyai sifat yang sangat berbeza dalam diri mereka. Antaranya :
  • Mudah tersenyum lemah lembut bila di depan tapi di belakang mereka lah yang paling banyak menjadi dalang.
  • Senyap seribu bahasa di depan tapi bila di belakang mereka lebih dari apa yang kita lihat pada orang yang bising.
  • Bising, sentiasa cakap berteruas terang di depan orang lain, dia lah yang berani menyatakan sesuatu tapi hakikat sebenar dia lah yang paling lemah antara orang lain, dia lah seorang yang sangat lemah, lemah dan lemah.
  • panas baran dan suka marah-marah di depan atau di belakang orang lain, suka cakap lepas tanpa fikir dulu baik atau buruk bila meluahkan.
  • Sentiasa beremosi, sering meluahkan emosi, sering merasakan diri sentiasa di tindas dan sentiasa merasa kan apa yang orang lain buat tujukan kepada dia. Sebenarnya orang jenis ini lah yang takut pada bayang-bayang mereka sendiri.
Tapi aku yakin walau apa pun sikap atau apa pun perasaan mereka, sebenarnya dalam diri orang-orang seperti ini masih ada sifat baik dan juga sifat kemanusiaan yang tinggi. Cuma kadang kala kerana di dunia ini mempunyai penghasut (syaitan/iblis) mereka menjadi golongan yang tidak bertimbang rasa dan juga menjadi pengadu domba. Mereka lah yang kelihatan lebih jahat dan teruk. Tapi diri mereka masih ada sinar kebaikan.

2 comments:

ejulz said...

kadang2 luaran tidak menggambarkan dalaman :)

Jannah Ramli said...

Betul tu. Setiap orang ada sisi baik dalam diri. Cuma kadang-kadang sisi yang kurang baik lebih menyerlah membuatkan kita tak nampak sisi baik yang ada dalam diri seseorang.