Welcome

Saturday, April 27, 2019

SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019



kawan-kawan masih berbaki 3 hari kalau nak join semen ni
segmen ni di lanjut kan sehingga 30 April 2019

so, apa lagi mari lah kita bersama-sama memeriahkan lagi segmen ni. kalau bukan kita siapa lagi kan.


kenapa perlu singgah ke group HATI YANG BERBICARA :

blog ni akan share informasi, tempat-tempat menarik, reseki yang sedap tapi sangat mudah penyediaannya. serta pengalaman yang yaya sendiri rasa. 




jom semua join...
masih sempat lagi ni....






Sunday, April 21, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway


 "Selamat Hari Lahirya Ke-45 Tahun Abam Kie...
Semoga Allah kurniakan limpahan ilmu yang bermanfaat, Umur yang panjang dalam kebaikan, kesihatan yang baik, iman yang bertambah, limpahan rezeki yang berkat serta sentiasa bahagia selama-lamanya bersama orang sekeliling  yang di kasihi dan di sayangi.Aminn... "

Semoga terus bersemangat menulis blog 




Note : 

kawan-kawan yang nak join giveaway ni boleh klik dekat banner ye. Yaya dah lama follow blog Abam Kie. So korang bila lagi?? tak nak join ke???





Tuesday, April 16, 2019

PENGHIJRAHAN BARU


Hari ni baru ada masa untuk update blog. Betapa busy nya sejak dua menjak kebelakangan ni. Untuk makluman, husband yaya dapat sambung belajar di Jepun bermula April 2019. So makcik ni pun join jugak la dia berhijrah dekat Jepun. Nasib baik di luluskan cuti tanpa gaji kalau tak, memang xdapat la nak ikut dia datang sini.
 
di KLIA 
Muka jer happy tapi hati sayu


Hari pertama kami melangkah ke Tokyo, Jepun. Sampai-sampai ke Narita Airport kami dah mula cari Bas ke bandar Fuchu. Fuchu merupakan bandar di mana berada di south Tokyo. Dalam perjalanan kami ke stesen kokubunji menaiki bas kami di temani dengan pokok-pokok sakura di mana bunga yang sedang menggembang.Hati sayu meninggalkan orang-orang Malaysia terubat sedikit dengan melihat keindahan bunga sakura.

Satu rahsia, kalau nak tengok gunug fuji dalam flight sila ambik seat di sebelah kiri
flight dari Kuala Lumpur - Japan

dari atas dah nampak Narita

Menaiki bas dari Narita Airport ke stesen Kichijoji di kenakan bayaran sebanyak 3300 yen untuk seorang. Memandangkan barang-barang kami banyak kami mendpatkan perkhidmatan Ta.Q.Bin untuk hantar beg-beg dari airport ke rumah. Di Stesen Kichijoji kami menaiki teksi dengan kadar bayaran 1090 yen ke Fuchu-shi dimana tempat kami akan tinggal.

dua je beg kami yang lain beg orang. beg besar-besar dah suruh TaQbin hantar terus ke rumah.

Sesampai kami di kawasan rumah, kami di sapa baik oleh seorang makcik yang bernama Yoshioka. Ramah sangat makcik ni. Tapi memandangkan mr.shujin bo
leh cakap jepun so biar lah dia yang bercakap. Walaupun makcik ni tau yaya tak boleh cakap jepun dia masih mencuba untuk bercakap walaupun dengan isyarat. So dalam dua minggu dekat sini yaya menggunakan semangat “bahasa isyarat” kalau nak beli atau sapa orang di luar.

Rumah kami tidak lah terlalu besar. Kalau nak di bandingkan dengan rumah kami di malaysia. Rumah di sini sebesar bilik master bedroom di rumah. Tapi mash selesa memandangkan kami berdua selesa hidup dengan kesederhanaan.


Inilah rumah kami. Datang-Datang macma ni lsh. Nasib baik dah sedia cadar so xla rasa berhabuk tilam tu sangat


Minggu pertama di jepun sangat lah busy. Di sini kami perlu cara perkakas rumah. Rumah yang kami dapat ni semi furnished so ada juga barang-barang yang perlu di bawa. Kami menghabiskan masa satu hari untuk cari barang-barang di kedai yang berdekatan dengan rumah. Hari pertama di sini kami perkara pertama adalah beli basikal. Bila di tanya dekat Mr. Shujin, dekat Jepun kita pakai kereta ke tidak, jawapan dia mudah..kita akan naik basikal sebagai pengangkutan utama kita. Menurut Mr. Shujin mungkin kami mampu mempunyai kereta kerana kereta di sini murah sahaja tetapi harga bulanan untuk parking kereta tersangat lah mahal, Jadi dari menghabiskan duit dekat parking baik kita gunakan untuk perkara lain. Jadi wujudlah dua biji basikal sebagai pengangkutan kami.

basikal baru

abaikan muka yang x cukup rehat tu. nak tunjuk basikal jer

Keesokkan hari kami Ke Fuchu Shiyakusho, tempat ini adalah untuk mendaftarkan diri sebagai penduduk di Fuchu, Tokyo. Menurut Mr. Shujin, setiap kali berpindah ke daerah yang lain di jepun, penduduk perlu mendaftarkan diri mereka. Dari permulaan di situ baru boleh buat insurans dan juga buku bank. Kadar insurans pula bergantung dengan income kita tiap-tiap bulan. Ini merupakan insurans kerajaan. Kalau ada insurans ni kalau sakit kita hanya perlu bayar 30% dari jumlah sebenar. Untuk kita di Malaysia, tidak ada insurans pun masih dapat rawatan percuma (mari kita ramai-ramai bersyukur).

Tunggu nombor giliran. Dekat sini je dah ekat 3 jam kami berurusan, dua, tiga kaunter juga kena pergi.

Isi borang untuk daftar penduduk. Bila dah selesai baru boleh apply insurans kesihatan.

Ini pulak isi borang untuk buat akaun di Jepun. Buat dekat pejabat pos. Akaun bank pejabat pos

Sebelum terlupa, Hari kedua kami berkenalan dengan satu keluarga yang sangat baik dari Egypt. Mereka merupakan sepasang suami isteri yang mempunyai tiga orang anak lelaki. Keluarga Egypt ni jugak la dengan baik hati pinjamkan kami futon, selimut, periuk dan juga biskut. Alhamdulillah masih di beri orang-orang yang baik walaupun berada di perantauan.



Wednesday, March 20, 2019

Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2019 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 20 Mac 2019, iaitu tepat jam 8.30 pagi sehingga hari esok, 8.30 pagi 21 Mac 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #32 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2019.

** jom support Mia Liana....


Thursday, February 14, 2019

LEFTENAN ADNAN BIN SAIDI


Hari ini, pada petang hening, 14 Februari 1942.

Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.

Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi2 tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.

Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun.

Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh.

Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.

48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi2 silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.

Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu;

"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."

Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.

Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.

Terima kasih di atas semua pengorbananmu. Terima kasih juga kepada semua saudara2 kami yang sama gugur dan berkorban demi kami.

Leka kami adalah dosa yang selalu kami abaikan. Segunung jasad terkujur, segunung nyawa melayang, segunung jiwa2 anak kecil, dan ibu2 menjadi balu demi anda semua terus mendaulatkan tanah bertuah ini.

"Tanah keramat tiada galang ganti.

Biar bercerai bijih dari besi.

Melebur reput terurai memakan diri,

Sampai bilapun tanah ini takkan pernah ada ganti.

Biar putih tulang, dibunuh celik, dan mati berdiri,

Tanah keramat ini, putih mata sekalipun, tiada galang ganti."

Alfatihah. Innalillahiwa'innailaihiro'ji'un.

"Amor Ducit Patriae"




- KAM -

KopiNPasta 'THE PATRIOTS'

Tuesday, February 12, 2019

DOUBLE TREE BY HILTON MELAKA

24 Januari 2019 yang lepas merupakan tarikh di mana hari ulang tahun perkahwinan kami yang kelima. Selalu nya bila ulang tahun telah tiba kami akan meluangkan masa untuk bercuti di mana-mana memandangkan masing-masing sibuk dengan hal kerja yang tak dapat di elakkan. Permulannya kami bercadang untuk ke Bangkok untuk melihat bunga matahari, tap memandangkan kesibukkan dan juga baru lepas bercuti di singapore pada disember tahun lalu kami terpaksa menukar tempat percutian.

Pada Ulamg tahun perkahwinan pertama dulu kami ke Bali, Indonesia. Ulang tahun kedua kami menunaikan umrah, manakala semasa ulangtahun ke ketiga kami ke Langkawi, ulangtahun keempat kami bercuti ke Singapore (tahun lepas dua kali ke singapore). Jadi pada ulangtahun kelima kami hanya memilih untuk ke melaka kerana kami nak stay rehat-rehat di hotel.

So kali ni memang yaya yang penuh semangat ni akan survey la hotel apa yang memenuhi citarasa untuk meluangkan masa dan tenang kan jiwa. Pada 26 Januari 2019 (Sabtu) kami bertolak ke Melaka. So hotel yang menjadi pilihan adalah Double Tree by Hilton di melaka. Oh ya bilik yang kami stay adalah "King One Bedroom Suite With Breakfast". Harga pulak boleh check dekat website hotel @ Booking.com @ Agoda . Hotel baru yang sangat bersih dan juga selesa. Untuk makluman makanan di hotel tersebut sangat la sedap. Sampaikan dah pukul 12:48 malam pun masih order untuk makan dalam bilik. Makanan semasa breakfast juga sangat lah superb. 5 Bintang untuk makanan di sana. So jom kita tengok Bilik kami semasa di sana. Kami just tidur satu malam je.


masuk.masuk dari pintu dah nampak view ni dari sebelah kanan


Cookie tu dapat masa check in dekat reception 

di antara sudut di ruang tamu

ni view dalam bilik

tetiba ter jatuh hati plak dengan deco ruang tamu macam ni

antara sudut dalam bilik air

berendam sambil boleh tengak bandaraya melaka

view malam dekat meja makan di ruang tamu

mula-mula nak makan ringan-ringan je tapi sebab ni nampak sedap terus mintak menu ni untuk late supper kitorang

benda yang paling sedap dan yaya paling suka


Monday, January 28, 2019

AKU TAK PERLUKAN KAU



satu masa semua yang kita ada akan pergi meninggal kan kita.
sama ada suka atau pun tidak suka
satu persatu dari mereka akan meninggalkan kita 


pasti nya kita akan berasa sedih dengan apa yang berlaku
pasti kita kan rasa masa merubah segalanya yang telah kita miliki



tapi usah kita takut
dalam semua yang meninggalkan kita 
pasti ada yang akan sentiasa ada bersama kita
antara yang paling setia bersama kita adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




LEMAK