Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan
semoga syawal pada kali ini memberi lebih kebahagian dan juga kegembiraan kita bersama keluarga
dan sanak saudara
Kami di perantauan raya di sambut pada hari pertama sahaja
itu pun sambut di kedutaan
hari selebihnya berjalan-jalan melihat permandangan dan meneruskan urusan kerja
yang masih tertunggak
Alhamdulillah pada raya Ke-4 parent Mr. Shujin datang melawat kami di Tokyo
menyambut hari raya yang masih berbaki bersama-sama.
Jadi antara masa-masa yang ada kami jalan-jalan untuk melihat bunga-bunga yang sedang mekar
di tanah "negara matahari terbit" ni.
Musim sekarang adalah musim peralihan
dimana musim sekarang banyak hujan sebab lepas ni akan bertukar ke musim panas
jadi bunga-bunga yang ada adalah bunga-bunga yang sering tumbuh pada musim panas
so pda hari ahad yang lepas kami ke Yokohama
selain melihat pemandangan yaya juga sempat snap beberapa gambar bunga yang tumbuh cantik di
kawasan Yokohama, Tokyo...
Pada hari rabu pula memandangkan cuaca masih cerah dan tidak hujan
kami ke Showa Kinen Park
sambil menghirup udara segar dapat juga melihat
kehijauan pokok-pokok.
tak sangka di sini juga ada bunga-bunga yang di tanam
Di Jepun ramai yang suka ambil gambar-gambar
berjenis-jenis kamera yang di bawa
semua peringkat umur tidak lepas untuk menangkap gambar
dan kerana itu yaya juga tidak terlepas untuk mempunyai hobi seperti orang-orang jepun
di sini...
8 comments:
Subhanallah cantik-cantik dan colorful semua bunga tu
Cantik sangat! Selamat Hari Raya :)
Cantik betul bunga-bunga tu. Mesti berbeza suasana hari raya di perantauan. Selamat Hari Raya.
Sweet ja bunga2 tu semua, ciptaan Allah Taala tiada tandingannya 🌷✨
Selamat Hari Raya! 🤝🏻😄
wah! tentu best dpt beraya di Jepun.
wahh rindu jepun. dulu pergi musim luruh. habis dah bunga. tak sempat nak tengok
Jepun sejuk bunga2 dia mmg segar je tgk...mampu tgk dlm tv je la hehe
cantiknya bunga2 tu..tenang je tengok..
Post a Comment