Hari ni baru ada masa untuk update blog. Betapa busy nya sejak dua menjak kebelakangan ni. Untuk makluman, husband yaya dapat sambung belajar di Jepun bermula April 2019. So makcik ni pun join jugak la dia berhijrah dekat Jepun. Nasib baik di luluskan cuti tanpa gaji kalau tak, memang xdapat la nak ikut dia datang sini.
Hari pertama kami melangkah ke Tokyo, Jepun. Sampai-sampai ke Narita Airport kami dah mula cari Bas ke bandar Fuchu. Fuchu merupakan bandar di mana berada di south Tokyo. Dalam perjalanan kami ke stesen kokubunji menaiki bas kami di temani dengan pokok-pokok sakura di mana bunga yang sedang menggembang.Hati sayu meninggalkan orang-orang Malaysia terubat sedikit dengan melihat keindahan bunga sakura.
Satu rahsia, kalau nak tengok gunug fuji dalam flight sila ambik seat di sebelah kiri flight dari Kuala Lumpur - Japan |
dari atas dah nampak Narita |
Menaiki bas dari Narita Airport ke stesen Kichijoji di kenakan bayaran sebanyak 3300 yen untuk seorang. Memandangkan barang-barang kami banyak kami mendpatkan perkhidmatan Ta.Q.Bin untuk hantar beg-beg dari airport ke rumah. Di Stesen Kichijoji kami menaiki teksi dengan kadar bayaran 1090 yen ke Fuchu-shi dimana tempat kami akan tinggal.
dua je beg kami yang lain beg orang. beg besar-besar dah suruh TaQbin hantar terus ke rumah. |
Sesampai kami di kawasan rumah, kami di sapa baik oleh seorang makcik yang bernama Yoshioka. Ramah sangat makcik ni. Tapi memandangkan mr.shujin boleh cakap jepun so biar lah dia yang bercakap. Walaupun makcik ni tau yaya tak boleh cakap jepun dia masih mencuba untuk bercakap walaupun dengan isyarat. So dalam dua minggu dekat sini yaya menggunakan semangat “bahasa isyarat” kalau nak beli atau sapa orang di luar.
Rumah kami tidak lah terlalu besar. Kalau nak di bandingkan dengan rumah kami di malaysia. Rumah di sini sebesar bilik master bedroom di rumah. Tapi mash selesa memandangkan kami berdua selesa hidup dengan kesederhanaan.
Inilah rumah kami. Datang-Datang macma ni lsh. Nasib baik dah sedia cadar so xla rasa berhabuk tilam tu sangat |
Minggu pertama di jepun sangat lah busy. Di sini kami perlu cara perkakas rumah. Rumah yang kami dapat ni semi furnished so ada juga barang-barang yang perlu di bawa. Kami menghabiskan masa satu hari untuk cari barang-barang di kedai yang berdekatan dengan rumah. Hari pertama di sini kami perkara pertama adalah beli basikal. Bila di tanya dekat Mr. Shujin, dekat Jepun kita pakai kereta ke tidak, jawapan dia mudah..kita akan naik basikal sebagai pengangkutan utama kita. Menurut Mr. Shujin mungkin kami mampu mempunyai kereta kerana kereta di sini murah sahaja tetapi harga bulanan untuk parking kereta tersangat lah mahal, Jadi dari menghabiskan duit dekat parking baik kita gunakan untuk perkara lain. Jadi wujudlah dua biji basikal sebagai pengangkutan kami.
basikal baru |
abaikan muka yang x cukup rehat tu. nak tunjuk basikal jer |
Keesokkan hari kami Ke Fuchu Shiyakusho, tempat ini adalah untuk mendaftarkan diri sebagai penduduk di Fuchu, Tokyo. Menurut Mr. Shujin, setiap kali berpindah ke daerah yang lain di jepun, penduduk perlu mendaftarkan diri mereka. Dari permulaan di situ baru boleh buat insurans dan juga buku bank. Kadar insurans pula bergantung dengan income kita tiap-tiap bulan. Ini merupakan insurans kerajaan. Kalau ada insurans ni kalau sakit kita hanya perlu bayar 30% dari jumlah sebenar. Untuk kita di Malaysia, tidak ada insurans pun masih dapat rawatan percuma (mari kita ramai-ramai bersyukur).
Tunggu nombor giliran. Dekat sini je dah ekat 3 jam kami berurusan, dua, tiga kaunter juga kena pergi. |
Isi borang untuk daftar penduduk. Bila dah selesai baru boleh apply insurans kesihatan. |
Ini pulak isi borang untuk buat akaun di Jepun. Buat dekat pejabat pos. Akaun bank pejabat pos |
Sebelum terlupa, Hari kedua kami berkenalan dengan satu keluarga yang sangat baik dari Egypt. Mereka merupakan sepasang suami isteri yang mempunyai tiga orang anak lelaki. Keluarga Egypt ni jugak la dengan baik hati pinjamkan kami futon, selimut, periuk dan juga biskut. Alhamdulillah masih di beri orang-orang yang baik walaupun berada di perantauan.
3 comments:
Semoga dipermudahkan segala urusan di Jepun. Btw saya dah follow blog Kak Yaya.
Wahhhh...bestnya yaya tinggal di negara matahari terbit... xpe lah berkorban sekejap... timba pengalaman di negara orang... nnt update lah lagi life di jepun k
Semoga dipermudahkan
Post a Comment