Welcome

Wednesday, December 26, 2018

LEPAT PISANG

Masa cuti hari krismas hari tu memang masa aku dan Mr. shujin untuk mengemas jela. Jadi masa banyak di habiskan di rumah. Selalunya bila cuti kami akan hang out sama-sama tengok wayang sebab hidup berdua ni jalan-jalan jela selain dari balik kampung melawat orang tua.

 Entry hari ni bukan nak cerita pasal aktiviti kami di rumah tapi nak share something yang aku rasa aku mampu jugak buat walaupun xla cantik rupa makanan aku ni, tapi rasa dia sedap tau. So petang-petang hujan ni aku merajinkan jugak la buat lepat pisang menadangkan dekat luar rumah tu terlalu banyak daun pisang yang buat mata aku rasa nak cantas semua daun-daun dia.

Maka jadilah menu minum petang kami iaitu LEPAT PISANG minum dengan air teh o panas-panas.

Minum petang teh o panas dan lepat pisang


So kali ni kita share cara menyediakan lepat pisang ;

Bahan-Bahan :

7 Biji pisang ( aku guna 4 biji pisang berangan)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 pelepah daun pisang

Cara-Cara menyediakan :

Lenyetkan pisang dengan sudu/senduk tapi jangan terlalu hancur sebab nanti bila dah masak nak rasa ketulan isi pisang tu.

Masukkan garam dan gula gaul sebati. Selepas itu boleh lah masukkan tepung gandum tersebut dan gaul sehingga semua bahan-bahan tersebut sebati.

Layurkan daun pisang di atas dapur gas (fungsi layur daun pisang agar masa lipat nnt daun tak terkoyak) Potong daun pisang (saya potong daun pisang ikut saiz tapak tangan).

Letak adunan tadi ke atas daun pisang dalam dua sudu dan lipat kiri dan kanan. Selepas itu di sebelah hujung lipat kebawah supaya adunan tadi tidak tertumpah. Akhir sekali boleh lah masukkan ke dalam periuk pengukus, dan kukus selama 10 - 15 minit. tunggu sejuk sikit dah boleh makan. 

maka jadilah pisang, rupa x cantik tapi rasa 1st class
so aku rasa bangga jugak la sebab ni 1st time aku buat lepat pisang dan menjadi. terasa bangga plak masakan aku menjadi.


1 comment:

ejulz said...

wahhhh.. sedap ni :)