Welcome

Wednesday, June 12, 2019

BUNGA-BUNGA DI TOKYO (JUN 2019)

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kenalan
semoga syawal pada kali ini memberi lebih kebahagian dan juga kegembiraan kita bersama keluarga
dan sanak saudara

Kami di perantauan raya di sambut pada hari pertama sahaja 
itu pun sambut di kedutaan
hari selebihnya berjalan-jalan melihat permandangan dan meneruskan urusan kerja
yang masih tertunggak

Alhamdulillah pada raya Ke-4 parent Mr. Shujin datang melawat kami di Tokyo 
menyambut hari raya yang masih berbaki bersama-sama.
Jadi antara masa-masa yang ada kami jalan-jalan untuk melihat bunga-bunga yang sedang mekar 
di tanah "negara matahari terbit" ni.

Musim sekarang adalah musim peralihan
dimana musim sekarang banyak hujan sebab lepas ni akan bertukar ke musim panas
jadi bunga-bunga yang ada adalah bunga-bunga yang sering tumbuh pada musim panas

so pda hari ahad yang lepas kami ke Yokohama
selain melihat pemandangan yaya juga sempat snap beberapa gambar bunga yang tumbuh cantik di 
kawasan Yokohama, Tokyo...









Pada hari rabu pula memandangkan cuaca masih cerah dan tidak hujan
kami ke Showa Kinen Park 
sambil menghirup udara segar dapat juga melihat 
kehijauan pokok-pokok.
tak sangka di sini juga ada bunga-bunga yang di tanam 








Di Jepun ramai yang suka ambil gambar-gambar
berjenis-jenis kamera yang di bawa
semua peringkat umur tidak lepas untuk menangkap gambar
dan kerana itu yaya juga tidak terlepas untuk mempunyai hobi seperti orang-orang jepun
di sini...