24 Januari 2019 yang lepas merupakan tarikh di mana hari ulang tahun perkahwinan kami yang kelima. Selalu nya bila ulang tahun telah tiba kami akan meluangkan masa untuk bercuti di mana-mana memandangkan masing-masing sibuk dengan hal kerja yang tak dapat di elakkan. Permulannya kami bercadang untuk ke Bangkok untuk melihat bunga matahari, tap memandangkan kesibukkan dan juga baru lepas bercuti di singapore pada disember tahun lalu kami terpaksa menukar tempat percutian.
Pada Ulamg tahun perkahwinan pertama dulu kami ke Bali, Indonesia. Ulang tahun kedua kami menunaikan umrah, manakala semasa ulangtahun ke ketiga kami ke Langkawi, ulangtahun keempat kami bercuti ke Singapore (tahun lepas dua kali ke singapore). Jadi pada ulangtahun kelima kami hanya memilih untuk ke melaka kerana kami nak stay rehat-rehat di hotel.
So kali ni memang yaya yang penuh semangat ni akan survey la hotel apa yang memenuhi citarasa untuk meluangkan masa dan tenang kan jiwa. Pada 26 Januari 2019 (Sabtu) kami bertolak ke Melaka. So hotel yang menjadi pilihan adalah Double Tree by Hilton di melaka. Oh ya bilik yang kami stay adalah "King One Bedroom Suite With Breakfast". Harga pulak boleh check dekat
website hotel @
Booking.com @
Agoda . Hotel baru yang sangat bersih dan juga selesa. Untuk makluman makanan di hotel tersebut sangat la sedap. Sampaikan dah pukul 12:48 malam pun masih order untuk makan dalam bilik. Makanan semasa breakfast juga sangat lah superb. 5 Bintang untuk makanan di sana. So jom kita tengok Bilik kami semasa di sana. Kami just tidur satu malam je.
|
masuk.masuk dari pintu dah nampak view ni dari sebelah kanan |
|
Cookie tu dapat masa check in dekat reception |
|
di antara sudut di ruang tamu |
|
ni view dalam bilik |
|
tetiba ter jatuh hati plak dengan deco ruang tamu macam ni |
|
antara sudut dalam bilik air |
|
berendam sambil boleh tengak bandaraya melaka |
|
view malam dekat meja makan di ruang tamu |
|
mula-mula nak makan ringan-ringan je tapi sebab ni nampak sedap terus mintak menu ni untuk late supper kitorang |
|
benda yang paling sedap dan yaya paling suka |
4 comments:
bestnya, tennag je lihatnya
Cantik juga hotelnya :)
Cantiknya hotel ni. Boleh la dipertimbangkan kalau berjalan ke Melaka nanti.
cantik tempat ni :)
Post a Comment