Welcome

Thursday, February 14, 2019

LEFTENAN ADNAN BIN SAIDI


Hari ini, pada petang hening, 14 Februari 1942.

Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.

Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi2 tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.

Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.

Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun.

Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh.

Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.

48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi2 silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.

Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu;

"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."

Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.

Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.

Terima kasih di atas semua pengorbananmu. Terima kasih juga kepada semua saudara2 kami yang sama gugur dan berkorban demi kami.

Leka kami adalah dosa yang selalu kami abaikan. Segunung jasad terkujur, segunung nyawa melayang, segunung jiwa2 anak kecil, dan ibu2 menjadi balu demi anda semua terus mendaulatkan tanah bertuah ini.

"Tanah keramat tiada galang ganti.

Biar bercerai bijih dari besi.

Melebur reput terurai memakan diri,

Sampai bilapun tanah ini takkan pernah ada ganti.

Biar putih tulang, dibunuh celik, dan mati berdiri,

Tanah keramat ini, putih mata sekalipun, tiada galang ganti."

Alfatihah. Innalillahiwa'innailaihiro'ji'un.

"Amor Ducit Patriae"




- KAM -

KopiNPasta 'THE PATRIOTS'

Tuesday, February 12, 2019

DOUBLE TREE BY HILTON MELAKA

24 Januari 2019 yang lepas merupakan tarikh di mana hari ulang tahun perkahwinan kami yang kelima. Selalu nya bila ulang tahun telah tiba kami akan meluangkan masa untuk bercuti di mana-mana memandangkan masing-masing sibuk dengan hal kerja yang tak dapat di elakkan. Permulannya kami bercadang untuk ke Bangkok untuk melihat bunga matahari, tap memandangkan kesibukkan dan juga baru lepas bercuti di singapore pada disember tahun lalu kami terpaksa menukar tempat percutian.

Pada Ulamg tahun perkahwinan pertama dulu kami ke Bali, Indonesia. Ulang tahun kedua kami menunaikan umrah, manakala semasa ulangtahun ke ketiga kami ke Langkawi, ulangtahun keempat kami bercuti ke Singapore (tahun lepas dua kali ke singapore). Jadi pada ulangtahun kelima kami hanya memilih untuk ke melaka kerana kami nak stay rehat-rehat di hotel.

So kali ni memang yaya yang penuh semangat ni akan survey la hotel apa yang memenuhi citarasa untuk meluangkan masa dan tenang kan jiwa. Pada 26 Januari 2019 (Sabtu) kami bertolak ke Melaka. So hotel yang menjadi pilihan adalah Double Tree by Hilton di melaka. Oh ya bilik yang kami stay adalah "King One Bedroom Suite With Breakfast". Harga pulak boleh check dekat website hotel @ Booking.com @ Agoda . Hotel baru yang sangat bersih dan juga selesa. Untuk makluman makanan di hotel tersebut sangat la sedap. Sampaikan dah pukul 12:48 malam pun masih order untuk makan dalam bilik. Makanan semasa breakfast juga sangat lah superb. 5 Bintang untuk makanan di sana. So jom kita tengok Bilik kami semasa di sana. Kami just tidur satu malam je.


masuk.masuk dari pintu dah nampak view ni dari sebelah kanan


Cookie tu dapat masa check in dekat reception 

di antara sudut di ruang tamu

ni view dalam bilik

tetiba ter jatuh hati plak dengan deco ruang tamu macam ni

antara sudut dalam bilik air

berendam sambil boleh tengak bandaraya melaka

view malam dekat meja makan di ruang tamu

mula-mula nak makan ringan-ringan je tapi sebab ni nampak sedap terus mintak menu ni untuk late supper kitorang

benda yang paling sedap dan yaya paling suka