Welcome

Monday, October 1, 2018

CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO


31 Mac 2018 (Sabtu)

Memandangkan this weekend kena jaga triple A sebab ibu diorang kena kursus so i and Mr. Shujin plan bawak budak-budak tu tengok cat dekat area Bangi. Si kakak mintak pi Zoo Negara sebab nak tengok "binatang garang" katanya.. tapi memandangkan hari sabtu and nak ke KL di tambah dengan jem,  kami tepaksa tukar plan sebab kami yang "instant parent" tak yakin boleh bawa budak2 ni dengan jaya nya sejauh ini.

Kami plan ke Cat Signature Cafe & Studio atas beberapa sebab :


Dekat dengan rumah
Budak-budak ni memang suka kucing
Cuaca mendung sesuai aktiviti-aktivit indoor
Senang nak kawal budak-budak


Dekat Cat Signature Cafe & Studio ni yang paling aku suka sebab dia asingkan tempat makan dengan studio kucing-kucing tu. Studio kucing dekat tingkat atas and cafe dekat tingkat bawah. Studio tu ada aircond so xdela budak2 ni bising panas sampai diorang x selesa. so sampai-sampai kami naik atas dulu ke studio sebab nak bagi budak-budak puas main dengan kucing.

Kucing jinak and budak2 pun enjoy

manja sangat kucing2 ni
 kalau sebelum ni bawak budak0budak main outdoor ada je bising panas lah penat lah..kali ni kita bagi diorang enjoy dengan indoor pulak. senang nak kawal sebab kawasan dia tak terlalu besar disamping pintu yang sentiasa tertutup. 

dak idan kejap berani jepa takut

alya lah yang paling berani main-main dengan kucing

tumpang sekali lah pegang-pegang meow nie...
Dalam 30-40 minit jugak kami dekat situ sampai si Abang cakap "yaya, im tired, nak tido..." so kami ambik keputusan untuk turun makan kat bawah.Makanan dekat cafe dia bagi kami yang suka makan ni memang sedap. Sebab aku suka makan makanan ala-ala thai ni. so aku rasa pasni kalo nak p makan berdua dengan Mr. Shujin boleh la datang situ lagi, memandangkan kami selalu lalu depan jalan cafe tu.


Antara butiran :

Cat Signature Cafe & Studio
Jalan 8/36, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor


Waktu beroperasi :

11:00 pagi - 11:00 malam
Jumaat (tutup)

Tiket :
Dewasa : RM10.00
Kanak-Kanak (4thn - 12 thn) : RM7.00

No comments: