Welcome

Thursday, March 27, 2014

NUGET TAUHU AYAM

Assalamualaikum....

Hari ni masih update tentang projek memikat hati suami....
Seperti biasa ala-ala diva ini masih berusaha memasak untuk membulatkan perut si suami tercinta....
seperti biasa juga kami di rumah x dinner makan nasi yer...
walaupun setiap kali orang tanya dan aku jawab kami suami isteri x makan nasi malam semua xpercaya...
tapi hakikat sebenar kitorang memang x makan nasi sebab masa kat opis dah makan nasi..

Malam semalam si isteri masih berusaha memasak...
menu yang simple yang penting dapat approval dari incik suami menu malam...
so malam tadi kita masak sangat simple...
yang penting bukan nasi...itu penting.....

tadaaaaaaaa...............



kali ni nak share resepi sesuatu yang mungkin dah ramai buat....
tapi puan nadia ni baru belajar di samping memasuk kan ramuan sendiri....
menu simple yang aku nak tunjuk adalah...



NUGET TAUHU AYAM



Bahan :

4 biji tauhu
2 bungkus Tauhu Telur
1 ketul dada ayam (kalo nak tukar kan udang pun boleh...ikan pun boleh..ikut kesukaan..)
4 biji telur ( 2 untuk dikisar & 2 lagi untuk menggoreng)
Daun sup potong halus-halus
cili merah potong halus-halus
2 sudu makan bawang goreng
garam (jangan banyak sangat takut masin..aku letak sikit jer sebab incik husband xsuka masin2)
minyak (aku letak 2 sudu jer...korang ikut suka lah)
lada sulah / lada hitam (ikut suka hati )


Cara Menyediakan :

semua bahan di kisar kecuali daun sup dengan cili. Lepas kisar campur daun sup dan cili, selepas itu kukus dalam 30 minit. lepas kukus sejukkan dulu ( aku masuk kan dalam peti  sejuk jer) , bila dah sejuk potong lah bentuk ikut suka. (nak bentuk love ke bintang ke ikut suka hati). selepas itu, celup dalam telur dan goreng sampai goreng.dan sedia untuk di hidangkan.


so, cubaan pertama aku telah berjaya..so boleh lah di share dalam blog ni. untuk maklumat resepi ni aku google di samping di tambah ramuan sendiri. bak orang kata (memasaka ni senang jer..main campak-campak jer dah siap). yang penting incik husband suka makan....lagi lah bersemangat nak cuba memasak sebab ada orang habiskan makanan.hehehee....

sekian terima kasih...
bukan senang puan nadia ni nak update blog kalau dia busy...hehehehe....

5 comments:

Yatie-Ahmad said...

huhuhu xmakan nasi pun makan berat juga tu.... kalu makan ringan² mcm salad jelah kihkihkih....

cyayok² usaha lagi... tu menu mkn malam je jgn lupa weekend cecuba la masak menu berat pulak ek...

ps : mkin bulat perut kandamu huhuhu...

YaYa said...

kami xnak makan nasi jer kak....sebab kalo makan nasi nanti kena masak lauk pastu x habis..kitorang ni kalo simpan esok nak makan balik memg xkan makan lah...

YaYa said...
This comment has been removed by the author.
Wadah Impian said...

sedapnyer... takder gambo step by step ke? hehehehe...

YaYa said...

xsempat nak snap gambar step by step kak jilah....