1. Kelihatan Seperti
Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat,
wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung
perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal
dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang
boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan
berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke
Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya
pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan
seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman
bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya
wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang
tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan
boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di
samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki
itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan
dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap
Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda
tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh,
tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti
ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya
bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang
ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu
sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana
sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita
ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak
ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan
wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi
boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan
dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan
setiap individu adalah berlainan. Sekian.
Sumber : my berita...
1 comment:
hehe nice share :)
Post a Comment