Welcome

Saturday, November 26, 2011

3 soalan yg tidak perlu ditanya kepada wanita bujang


Bila anda mahu berkahwin?- Tidak kira samaada mereka sedang dalam perhubungan atau tidak, soalan ini sebenarnya tidak perlu ditanya. Wanita amat membenci soalan ini. Kerana jawapannya tetap akan sama, mereka tidak tahu! Jika mereka sudah ada kekasih sekalipun, mereka masih tidak tahu bila lelaki tersebut akan melamar mereka atau adakah perhubungan mereka akan terus kekal atau tidak. Berhenti menanyakan soalan yang mengganggu pemikiran mereka.
Adakah anda sedang bercinta?- Sebenarnya soalan ini adalah berbentuk peribadi dan tidak perlu ditanya. Mereka akan dengan sendiri menceritakan pada anda apabila mereka rasakan sudah betul-betul bersedia.
Adakah anda ingin berkenalan dengan kawan saya?- Sembilan daripada sepuluh wanita menyatakan mereka tidak suka untuk keluar dengan orang yang tidak dikenali. Mereka menghargai niat baik anda untuk membantu mereka mencari pasangan. Tetapi hakikatnya mereka tidak suka. Biarlah mereka sendiri yang membuat pilihan. Ia juga berkemungkinan akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa anda tidak yakin terhadap kemampuan mencari pasangamereka sendiri untuk mencari pasangan

No comments: