Welcome

Monday, July 5, 2010

OH LELAKI!!!!

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata "ok" saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak! "
Begitulah kata rakan lelaki pada seorang gadis juga rakan aku.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata,
jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami,
perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam
rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri,
sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam? "
Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda utama,
selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna,
salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab,
rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control.
Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar,
apa salahnya lelaki!
RENUNG2KAN LAH
♥♥♥♥♥

No comments: