Welcome

Thursday, August 4, 2011

mak saya yang cantik....

kalau orang lain promote pakwe diorang dalam blog...
aku pun nak promote gak...
tapi nak promote mak saya yang cantik....
sape2 pun yang sayang mak diorang pasti akan kata mak dia cantik kan...
sebab kita sayang mak kita...
mak aku suka tangkap gambar tau....
hehehe...
dulu masa muda2 mak aku sangat lah kurus..xde sape pun antara aku n kakak2 aku
yang dapat menandingi kekurusan dan kecantikan mak aku tu...
mana tidak nyer...mak aku anak kacukan..
kami ni anak melayu..hehehe...
sayang mak...
tapi aku xdapat la nak upload gambar mak aku time muda2...
sebab xde kat aku...nanti aku mintak kat tok aku kalo die kasi...hehehe...
walau apa pun pengorbanan n kesungguhan mak jaga kami semua adalah lebih bermakna....
kadang kala aku fikir x mampu nak balas jasa mak tue....
mak andai xterbalas jasa mak tu, kakya mintak maaf yer mak.....
so much.....
ni la mak saya dunia dan akhirat....

mak saya suka bergambar k...

jangan parking sesuka hati yer....


VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.


Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.
“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.


“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.


Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.
Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.


Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.
Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.


“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.


“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi


untuk nampak lebih real meh ke link ini yer...http://travel.uk.msn.com/travel-advice/dont-park-illegally-in-vilnius-the-mayor-has-a-tank....tengok video lebih best kot..hehehe...
dalam video nie....tuan punya kereta xmarah pun kete dia kena hentam begitu sekali...kalau kat malaysia??apa jadi ek????mau bawak geng gi pukul orang tu dah pe...

sumber :my metro


Wednesday, August 3, 2011

novel xbeli lagi tapi dah dalam ranking...

soksek2....
nampak plak(KERATAN AKHBAR) 5 Novel Terlaris / Bestseller di POPULAR. Rujukan Bahagian Sastera, Akhbar BERITA HARIAN, Jumaat. 29 Julai 2011. Sumber Popular Book Co (M) Sdn Bhd 
and the result is...


1. 7 HARI MENCINTAIKU - Siti Rosmizah

2. CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada 

3. KASIH YANG SUCI - Meen Zulaikha

4. SYURGA DI WAJ


5. STANZA CINTA - Nurull HalawatiAHMU - Laila Hanni 
.

wuargghh.....novel CINTA KONTRAK dah siap masuk ranking tapi ak xbeli2 lagi novel tu...

tolong beli kan novel,sape2 yang baik hati...
"cinta kontrak ngan 7 hari mencintaiku"
wahai budiman cepat hadiah kan buku tersebut kat aku...
huhuhu

Teknik Nak Tau Org Tu Dah Ada Balak/aWek Ke x!!!



emel ini di ahntar oleh rakan sekerja aku pada 11 jun 2011...
untuk share kepada semua....
untuk suka-suka...


Katakan anda ada kenal seseorang, yang anda minat sangat-sangat.
Anda suka gila kat dia ni.
Tapi suka-suka pun, kalau ‘si dia’ tu dah ada awek/balak buat apa kan?
Buang karan jer! Dak gitu?

Jadi anda tahu tak cara mudah macammana nak pastikan ‘si dia’ tu dah ada balak/awek ke tak?Takkan la nak terus tanya direct jer macam ni ;“Eh awak dah ada balak/awek tak?”
Tak segan ker? Ada berani ker nak tanya macam tu?
Mungkin ada yang berani tanya secara direct macam tu.
Tapi saya rasa kebanyakan diantara kita memang segan/malu nak tanya macam tu kan?

Maka di sini, saya ingin perturunkan kepada anda satu teknik mudah yang saya selalu gunakan satu masa dulu untuk memeriksa sama ada seseorang itu dah ada yang berpunya ke tak.
Baik, begini caranya…jeng jeng jeng :


1-Jumpa dan berbual-bual dengan ‘si dia’ tu.
2-Mula-mula tanya khabar dan sembang jer la apa-apa pun.
3-Pastu, dalam masa anda menyembang tu, cuba selitkan soalan macam ni ; “Eh…awak kalau hari cuti, selalunya buat apa ek?”
4-Kemungkinan besar jawapan yang akan diberikan adalah seperti ; “Saya selalu pi shopping” / “Jalan-jalan” dan sebagainya.
5-Haaa masa tulah anda ada bagi soalan cepu emas pada dia ; “ ooo yer ker, pi jalan-jalan/pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker? *Sila tanya dengan spontan dan bersahaja*
6-Atau kalau dia bagi jawapan macam ni ; “Takde buat apa-apa pun, just dok kat umah jer” / “Tengok TV kat umah sepanjang hari”. Haa kalau jawapan yang macam ni, anda cuba tanya macam ni pula “Laa takkan la terperok kat rumah jer, tak keluar jalan-jalan ngan ‘ehem ehem’ ker?” *Sila tanya secara spontan dan bersahaja.*
7-Bila dah tanya soalan yang macam tu, pastu anda senyum je la menantikan jawapan/respon yang diberikan.
8-Tumpukan perhatian betul-betul pada respon yang dia berikan dan cuba tengok cara dia jawab soalan tu. Kerana di sinilah kunci untuk kita mengetahui sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.


*Melalui pengalaman saya, dengan bertanyakan soalan yang macam tu, kita sudah boleh mengagak bahawa dia tu dah berpunya ke tak. Ya, dengan hanya berpandukan jawapan/respon yang diberikan saja, sudah cukup untuk kita mengagak ‘status’ seseorang tu. Hasil kajian tak rasmi saya mengatakan 90% agakan yang dibuat berdasarkan respon soalan sebegitu adalah tepat.
*Cuba anda buat kaji ujikaji teknik ini pada 2~3 orang kenalan anda dahulu. Ianya memang memberikan ‘hints’ pada anda tentang seseorang tu dah berpunya ke belum.
*Biasanya kalau ‘si dia’ tu dah berpunya, biasanya dia akan senyum tersipu-sipu malu (terutamanya perempuan) apabila di tanya “Pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker?”. Tak pun dia akan jawab direct jer macam ni “ haah la, keluar dengan pakwe la apa lagi”.
*Kalau ‘si dia’ tu masih belum berpunya pula, antara jawapan yang biasa saya dengar ialah ; “Emm, saya mana ada pakwe lagi” atau “Mana ade ‘ehem ehem’, saya pi shopping ngan kawan jer la.” Atau “ Dengan ‘ehem ehem’?, saya mana la ada ‘ehem ehem’. Siapa la yang nak kat orang macam saya ni!”
*Respon yang paling best pernah saya terima ialah : “Keluar dengan ‘ehem-ehem’?. Saya takda ‘ehem-ehem’ lagi. You la jadi ‘ehem ehem’ I …nak??!!!”. Masa saya dengar jawapan tu, terkezut beruk saya di buatnya. Ganas giler ‘awek’ tu. Masa tu saya pulak yang tersengih menggelabah kerana mendapat respon diluar jangkaan tu…hehe.
Haaa apalagi…anda ada ‘secret admire’?
Try la ‘teknik power’ saya ni untuk check sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.

Selamat mencuba!

Tuesday, August 2, 2011

Monkey Butt



hari tue pi HARDWARE kat the mines shopping complex...
jalan2 dalam tu tiba2 nampak la dua benda nie...
bedak n lotion rasa nya kalau x silap....
mula2 xbaca abiz tengok bende ni...nampak ANTI MONKEY BUTT.....
tertanya-tanya ni untuk monyet kah???tapi nape jual kat sini??
bukan ada orang bela monyet pun....
kwang...kwang...
last2 bila baca balik batu la tau..ni untuk baby nyer...mcm ruam lampin tu r....
tapi siyes aku xleh terima sebab letak monyet....
nape monyet yg jd model nyer???hahahahaa...

Monday, August 1, 2011

wedding zara philips....


EDINBURGH 31 Julai - Cucu sulung Ratu Elizabeth II, Zara Phillips telah melangsungkan perkahwinan dengan bintang sukan ragbi England, Mike Tindall semalam dalam satu majlis sederhana dan tidak menonjol berbanding majlis perkahwinan keluarga Diraja Britain yang lain tahun ini.

Pasangan yang merupakan bintang sukan bertaraf dunia itu melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah majlis tertutup di Gereja Canongate di Edinburgh yang dihadiri oleh keluarga Diraja termasuk Putera William dan isterinya, Catherine serta beberapa nama besar dalam sukan ragbi Inggeris.

Namun majlis perkahwinan itu berlainan dengan majlis perkahwinan William dan Kate pada 29 April lalu di Gereja Westminster yang dihadiri oleh 1,900 orang tetamu dan ditonton di kaca televisyen secara langsung oleh dua bilion penonton di seluruh dunia.

Phillips yang merupakan bekas juara dunia sukan menunggang kuda, memakai gaun sutera berwarna putih gading yang direka oleh pereka fesyen British, Stewart Parvin lengkap dengan vel serta tiara yang dipinjamkan ibunya, Puteri Anne.


Gaun bertali di bahu yang tradisional mengejutkan ramai pihak kerana puteri raja ini terkenal dengan sifat memberontak dan gemar memakai skirt pendek serta baju yang mendedah dada.


Tindal yang beraksi dengan pasukan England pada Piala Dunia tahun 2003 dan menjadi kapten pasukannya yang menjadi juara dalam perlawanan Six Nations 2011 kelihatan segak memakai kot formal dan tersenyum 
lebar ketika berjalan dengan isterinya itu. - AFP
moh kiter layan gambo die yer....







aku benggang dengan kau|entry jujur dari penulis|

entri ini di tulis pada 1st ramadhan....
masyaallah, niat dihati benar nyer xnak menyingkap apa2 perasaan disini...
tapi apa kan daya aku xbole nak selindung2...
sebab aku xmampu nak berterus-terang ketidak selesaan aku dengan dia.......
------------------------------------------------------------------------------
kenapa aku ni pun aku xfaham la....
aku bukan benci...
tap iaku sakit hati dengan dia yang menipu aku...
u say a little bit....but, more than that....
hurrrmmm....nyesal aku percaya kat ko la.....
-------------------------------------------------------------------------------

Aku marah bukan sebab saja-saja...
tapi aku marah bersebab...
bukan aku xpenah tanya ko...
aku siap tanya lagi ko ni merokok ke x.....
and ko sendiri jawab ye tapi kadang2...dan purata nya sedikit....
kau cakap ngan aku ko akan merokok kalo ko terlalu tension....
tapi pada situasi itu..ko bersuka ria ada la.....
tapi apa kau dah buat dengan kepercayaan aku kat kau....
kau megah memegang sebatang rokok dah kotak2 rokok di depan ko....
kadang kala aku terpikir kenapa aku mesti tengok gambar ko tu..kenapa aku tengok wall ko kat FB...
sampai sekarang aku masih berperasaan bengang ngan ko tau x...
aku dah cuba lupakan tapi xberdaya...
sampai kan apabila kau antar mesej....
aku berfikir banyak kali untuk reply mesej kau tu....ya allah aku sangat-sangat kecewa dengan kau...terlalu kecewa...
andai kau baca entry ni,sedarlah aku dengan sejujurnya benggang dengan ko...
andai tidak...biar aku simpan benggang aku nie....dan perasaan terkilan aku ni aku simpan selama nya...
setiap hari setiap masa aku terbayang gambar kau tu...
setiap hari n setiap masa aku rasa terkilan...
------------------------------------------------------------------------------------
kenapa aku xsuka perokok??
sebab ROKOK membunuh..ROKOK penyebab orang yang aku paling sayang tinggal kan aku...
ROKOK buat aku sedih bila aku kenangkan balik kisah lalu....
aku xnak tengok orang yang aku sayang, orang yang aku suka, orang yang aku rapat terseksa...
sebab aku dah penah tengok bagaimana orang yang aku sangat sayang menderita...
bagaimana hati nyer pecah...bagaimana keuzuran dia...
tapi andai kau xkisah semua tu..aku xkisah...
sebab aku pun bole xkisah dengan kau....
selepas kejadian 8 tahun lalu..aku dah mula bertekad...
aku xnak jatuh cinta..aku xnak suka, aku xnak sayang dan aku xnak terlalu rapat dengan perokok yang tegar..
aku bukan berlagak tapi ini lah hakikat nya...
ingat, asap rokok juga membunuh.....