Welcome

Monday, January 28, 2019

AKU TAK PERLUKAN KAU



satu masa semua yang kita ada akan pergi meninggal kan kita.
sama ada suka atau pun tidak suka
satu persatu dari mereka akan meninggalkan kita 


pasti nya kita akan berasa sedih dengan apa yang berlaku
pasti kita kan rasa masa merubah segalanya yang telah kita miliki



tapi usah kita takut
dalam semua yang meninggalkan kita 
pasti ada yang akan sentiasa ada bersama kita
antara yang paling setia bersama kita adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




LEMAK



Wednesday, January 23, 2019

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MYA ROSLI

Klik pada gambar kalau nak join yer...

Hi kawan-kawan
hari ni yaya jumpa satu lagi blog baru dan yaya baru je follow blog ni,
Pada 15 Januari 2019 yang lepas myra rosli ni sambut birthday yang ke-26
so marilah kita beramai-ramai join segmen myra ni bagi memeriahkan lagi segmen ni.
untuk Myra Rosli :

 "Selamat Hari Lahirya Ke-26 Tahun...
Semoga Allah kurniakan limpahan ilmu yang bermanfaat, Umur yang panjang dalam kebaikan, kesihatan yang baik, iman yang bertambah, limpahan rezeki yang berkat serta sentiasa bahagia selama-lamanya bersama orang sekeliling  yang di kasihi dan di sayangi.Aminn... "


Bloglist Exchange Segment by Abam Kie

klik pada gambar kalau nak join k

hi kawan-kawan
Kali ni  Abam Kie  buat giveaway atau segmen 
so kawan-kawan jom kita join segmen ni, yang boleh di kategorikan sebagai


" win win situation "

tarikh tutup : 31 Januari 2019

Friday, January 4, 2019

ROAD TO MERLION, SINGAPORE

Kesibukkan yang melampau sampai tak dapat nak update. tapi kalau tak update nanti lupa so mencari sedikit masa untuk menulis untuk meletakkan sesuatu memori dalam blog. Baru-baru ni kami ke singapore, tujuan utama nak ke merlion sebab masa awal bulan satu hari tu kami ke singapore merlion masih under maintenance. Tapi kali ni kami pergi secara "backpakers" sebab bawak budak-budak remaja lepas SPM dan lepas MASTER jalan-jalan di samping request dari diorang sendiri nak backpakers. Perjalanan ni memang santai memandangkan kami just suka-suka je berjalan sebab  tak tau nak ke mana.

Hari Pertama :
Kami bertolak dari murah menaiki kereta terus ke Muar sebab nak makan Mee Bandung Muar yang sedap tu dekat Kedai Mee Bandung Abu Bkaar Hanipah. Kopi dia tersangat lah sedap. Lepas tu kami bertolak terus ke Hotel, Malam pertama kami tido di Goleden Lear Boutique Hotel. Aku Booking melalui Booking.com, hotel ni mudah sebab esok pagi nya untuk ke USS bas tunggu dekat kawasan ni jer.Malam tu kami jalan-jalan ke AEON je, sebab nak makan dekat The Fish Manhattan Market.




Hari Kedua :
Hari kedua ni kami menghabiskan masa dekat Universal Studio Singapore (USS). dari JB ke USS kami naik bas, aku ambik pakej dari Syoknya Travel. dari transport, white card, tiket USS memang semua diorang yang uruskan. So biasalah ride-ride yang best mestilah dekat Transformers, Mumia, and roller coaster. Ni merupakan kali kedua aku ke USS untuk tahun 2018 so aku tak lah rasa teruja sangat tapi masih happy sebab jalan-jalan dengan budak-budak ni.Malam tu kami tido dekat hotel Sentral JB sebab esok kami nak ke CIQ senang sikit.



             

churros ni sesangat lah sedap (mungkin sebab lapar)

Hari Ketiga :
Pagi selepas sarapan kami check -out lepas tu kami ambik Grab untuk ke JB Sentral, dari situ selepas imigresen selesai kami naik bas lagi ke Woodlands. Sebelum sampai kena stop dekat CIQ Singapore untuk untuk cop buku merah anda (passport). Di woodland kami beli Pass untuk dua hari boleh naik train and bus. Kalau tak silap 16 Dollar sorang.Selesai beli tiket semua tu kami terus jalan-jalan untuk mencari merlion, relax-relax dulu pastu tengok la bangunan dekat Marina Bay Sand tu, Kami makan Aiskrim Melon Hokkaido dan terus ke hotel sebab nak solat sekat hotel lebih selesa.Kali ni kami ambik Lai Ming Hotel Cosmoland dekat Geylang. Walaupun hotel ni biasa-biasa sangat tapi dekat sangat dengan stesen Al-Juned. Dalam  pukul 6:00 petang kitorang keluar lagi ke MarinaBay Sand, Garden By The Bay and tengok Marina Bay Sand Light and Water Show. Sampai Geylang singgah kedai mamak makan and balik hotel.

ni lah merlion yang sangat-sangat kami nak jumpa tu (lama kami lepak kat sini)






Hari Keempat :
Pagi tu dekat hotel ni ada breakfast , hotel just sediakan roti dan jem air kopi dan teh. So pagi kami dah jimat dekat situ. tapi kalau lapar lagi boleh je singgah kedai mamak dekat ngn stesen train al-Juned ni. 24 Jam dia bukak. So hari keempat kami just jalan-Jalan dekat Arab Street makan murtabak yang sangat sedap dan beli souvenir pastu kami terus ke Bugis terus ke Orchard Road, lepak-lepas starbuck shopping beli barang dan terus balik ke JB. Cara balik sama macam cara balik. Balik terus kami ke Homestay sebab nak relax rehat-rehat dan mandi kolam. Kami booking homestay ni melalui AirBnB (memang kalau ke oversea mana-mana pun kami lebih suka guna AirBnb. Malam kami makan masakan Thai dekat area AEON.


Murtabak
 










Hari Kelima :
Lepas Check-out dari homestay kami singgah makan dulu ke kedai Sup Tulang ZZ, mee Rebus Tulang dia sangat lah sedap, lepas makan terus ke Johor Premium Outlet (JPO) sebab ada nak shopping sikit-sikit, ada yang nak beli kasut la, jam la apa lah. So lepas ke JPO kami terus balik dan Jalan sangat lah jem. Malam Baru sampai Kajang.

Mee rebus yang aku pasti makan tiap kali ke JB



Perjalanan mungkin agak memenatkan tapi dapat mengajar diri kita melihat budaya orang lain. Yang baik kita terapkan dalam diri kita, yang tak elok kita ketepikan jauh-jauh supaya tidak meresap dalam diri kita.

Total Kos :
 RM550 per pax (tidak termasuk duit shopping, kalau termasuk berganda-ganda lah total kos tu)