Welcome

Tuesday, November 6, 2012

Mahar Ku Untuk Mu - Alief Janeng



Inilah mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia 
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu

Friday, November 2, 2012

Kerjaya Doktor





Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.

Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka dilantik sebagai pelatih pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang perlu dilalui ialah 2 tahun.

Selepas 2 tahun, seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD44 secara automatik. Manakala genap sahaja perkhidmatan sebagai pegawai perubatan selama 3 tahun selepas perlantikan UD44, automatik akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD48.

Selepas 5 tahun berada pada pegawai perubatan UD48, seseorang akan dilantik terus secara automatik kepada UD52 dan selepas 5 tahun akan terus dilantik ke jawatan UD54.

Pelajar-pelajar perubatan yang lulus dengan jayanya, kerjaya sudah sedia menanti. Tiada istilah pengangguran dan kesusahan mencari pekerjaan bagi pelajar2 perubatan.

Benarlah kata orang2 di zaman saya, belajar susah, kerja senang jika belajar senang maknanya susah lah nak dapatkan pekerjaan.

Dengan peluang kerjaya dan prospek kerjaya menarik, ramai mungkin tidak sedar betapa sukarnya menjadi seorang doktor atau pegawai perubatan.

Walaupun tugas seorang doktor adalah tugasan mulia, insyallah mempunyai pahala yang besar jika ikhlas bekerja tetapi cabaran menanti juga besar. Antara cabaran yang menanti:

Cabaran di Hospital


Cabaran yang menanti seseorang doktor bermakna mereka bertarung untuk menyelamatkan nyawa manusia. Dalam tugasan tersebut, ada yang kurang faham menyebabkan kes saman menyaman berlaku ke atas seseorang doktor.

Cabaran yang kedua, kekurangan doktor menyebabkan ada doktor yang tidak berminat dalam bidang tertentu terpaksa berkhidmat dalam jabatan yang mereka kurang minat. Ini menjejaskan prestasi mereka dalam melakukan sesuatu displin.

Cabaran yang ketiga ialah oncall berselang sehari hingga tiada ruang rehat untuk diri sendiri. Oncall bermakna seseorang doktor perlu bertugas selama 24 jam di hospital.

Cabaran yang keempat ialah persatuan doktor yang tidak kuat untuk membela nasib para2 doktor di sektor awam. Ini kerana kebanyakkan penyandang utama persatuan doktor adalah doktor yang berkhidmat di sektor swasta.

Cabaran yang kelima berkaitan dengan pentadbiran hospital yang tidak pandai mengurus kedudukan doktor2 di hospital seperti tidak boleh membezakan jabatan mana yang lebih utama. Contohnya, jabatan kecemasan dan kemalangan hanya ada 1 orang doktor berbanding dengan jabatan perubatan yang mempunyai 5 orang doktor.

Masalah ini terjadi bilamana jabatan kecemasan dan kemalangan tidak mempunyai pakar dalam bidang tersebut manakala jabatan perubatan mempunyai pakar dalam bidang terbabit. Namun, jika dilihat secara kasar dan halus sudah tentu jabatan kecemasan dan kemalangan sepatutnya diberi keutamaan.

Cabaran di Rumah


Berkahwin dengan seorang doktor memerlukan suami/isteri yang perlu memahami. Usah bermegah kerana isteri/suami seorang doktor kerana kadar penceraian bagi kerjaya ini adalah tinggi.

Seorang doktor perlu berkhidmat 24 jam sehari, perlu dipanggil bilamana berlaku kecemasan, ada juga perlu berkhidmat selama 7 hari seminggu di hospital bila mana keadaan memerlukan.

Maka untuk suami, sanggupkah anda menjaga anak  kerana kerjaya isteri anda seorang doktor. Sanggupkah anda menyedia dan mengurus rumah tangga sepanjang ketiadaan isteri anda. Maka anda adalah seorang ayah/ibu kepada anak2 anda.

Usah bercita-cita untuk mengahwini doktor jika anda fikir anda tidak berkemampua untuk menguruskan perkara2 tersebut. Jika ditakdirkan, itu jodoh, maka bersedialah dengan mental dan fizikal untuk mengurus rumahtangga.

Begitu juga, semasa musim perayaan. jangan harap anda dapat beraya dengan sanak saudara jika isteri/suami anda seorang doktor. Sebagai seorang doktor, isteri/suami perlu bekerja di hospital manakala anda mungkin beraya berseorangan ataupun bersama2 dengan anak.

Bukan anda sahaja perlu memahami tetapi mungkin juga keluarga anda. Jika tidak, rumahtangga yang dibina mungkin rosak binasa.


http://jommelabur.wordpress.com/2010/06/10/kerjaya-seorang-doktor/




(semoga note ini sentiasa memberi peringatan agar incik doktor dan saya lebih bersabar dan tabah)

Thursday, November 1, 2012

Wedding Dress...

hari-hari kemalasan aku,datang balik...
so bila xtau nak buat apa..mula la search benda bukan-bukan....
tapi cane tah tiba-tiba boleh pulak tertaip lak WEDDING...
tapi bila dah taip wedding.....tamabah lak jadi kan wedding dress....
so ni lah antara nya dress yang pada pandangan mata kasar saya yang buta seni
ni rasa berminat......
berminat bukan sebab aku nak pakai tapi menarik perhatian...
mana nak tau kan kalo tiba2 minat boleh jadi kan dress-dress semua ni
di gabung kan menjadi wedding dress ala-ala muslimah kan.....






*aktivitisukasukabilabosan*

sumber : GOOGLE...