Welcome

Thursday, December 29, 2011

Angan-angan dulu.....

saya menyimpan angan-angan nak ke suatu tempat...
angan-angan yang pasti sangat sukar diempuhi....
terutama nya bagi aku yang bergaji kecil....
lama ambil keputusan nak publish angan-angan ni....
terfikir jugak pasti orang akan tertawa kan aku....
setakat gaji pun cukup2 untuk kehidupan seharian...ini kan pula ke sana...
aku nak sangat g ke paris....kota paris...itu angan-angan aku sejak aku kecik lagi...
tapi dalam keadaan aku sekarang...cukup lah aku sekadar mampu jejak kaki ke makkah...
menunai kan haji....itu pun masih perlukan simpanan lagi....

tapi dulu aku penah cakap kat seseorang aku tingin sangat nk ke Paris....
die penah cakap nanti kita p....tapi xtau la bila kan....
dia sekadar menyedapkan hati aku..di samping dia nak aku tersenyum dengan kata-kata dia...
walaupun aku tau nk ke sana amat sukar..sekurang nya dia mampu buat aku hepi....
paris....bile la leyh p ni.....

Friday, December 23, 2011

‎~~~DOA SEORANG KEKASIH~~~



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala.....

Aminnn....

Thursday, December 22, 2011

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday....

Friday, December 9, 2011

Lagi produk unsur BABI....


Melalui surat daripada JAKIM yang bertarikh 31 OKTOBER 2011....
kedua-dua produk makanan tersebut HARAM dimakan oleh orang yang berAGAMA ISLAM...
kedua-dua produk tersebut telah dikesan mengandungi DNA Babi....oleh jabatan Kimia Malaysia....
sekarang ni dah semakin banyak produk makanan yang ada unsur-unsur babi ni....
semoga aku di jauh kan....

Wednesday, December 7, 2011

"JOM TAMBAH FOLLOWER"


pagi-pagi lagi dah jalan-jalan tgk blog orang....
lepas tu ternampak segmen ni...
wahhh....memang bagai kan mengantuk disorongkan bantal sungguh...
mana tidak nyer aku memang tercari-cari segmen nie...
sebab tengok la followers aku kat atas tu..bape kerat jer.....
nak follower ramai-ramai....
boleh kawan ngan ramai-ramai kawan.....
sape2 yang teringin sangat macam aku ni nak masuk segmen ni...
meh la ke blog lulu-pages

Tuesday, December 6, 2011

Kelalaian kafe yg x bertanggung jawab...

Hari ni nak share 1 kejadian yang mengotorkan serta menjijik kan yang
dah berlaku kat sebuah kafe di sebuah kementerian....
aku xtahu sangat pasal cerita nie....tapi dari emel dan khabar soksek2 orang sekeliling...
perkara ni berat..mana tidak nyer..kebersihan dalam makanan kita....
kalo makanan kita x bersih..boleh mengundangkan penyakit...
lagi pun dalam islam pun menitik berat kan bab2 kebersihan nie....
berharap pihak sewajar nya ambil tindakan apa yang dah jadi....
takut lebih ramai yang terkena dengan isu "air teh ulat ni"
persoalan nya di sini......macam mana ulat tu bole ada kat air tu???
pasti air lebihan semalam or 2 hari lepas pe yang di jual balik.....
(andaian aku la)
tapi benda ni xsewajar nya jadi macam nie....
harap kementerian tersebut ambil tindakan sebaik mungkin....
ini bukan saja imej kafe tersebut, tapi pasti nya imej kementerian tersebut juga akan terjejas....
so,pada semua orang..berhati-hati sebelum minum or makan.....
takut ada ulat lak nanti....
mintak dijauhkan aku terkena ulat-ulat nie.....
x caye??? aku ade bukti.....





ulat kecik-kecik kadang2 buat kita x perasan itu ulat....
hati-hati yer kawan-kawan...

Monday, December 5, 2011

Segelas air kosong 60-80 sen...


KUALA LUMPUR: Tindakan pengusaha restoran yang mengenakan caj tinggi terhadap segelas air kosong di beberapa restoran di ibu negara, nyata menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelanggan. 

Caj air kosong antara 60 hingga 80 sen yang dikenakan ke atas pelanggan disifatkan sebagai melampau dan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kos sebenar penyediaan minuman terbabit.


Baca selanjut nya di BERITA HARIAN ONLINE,,,