♥ WAHAI ADAM ♥
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..
Monday, August 22, 2011
untuk mu sang ADAM....
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Wednesday, August 17, 2011
model perodua viva baru
kelihatan lebih cantik dari viva elite aku sekarang....
cantik sgt model baru nie...
viva elite pun cantik jugak....
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Hidup tidak selesa akibat ekzema keradangan kulit
tengok gambar pun dah jadi gerun..ni kan pula orang yang mengalaminya....ksian nya...subahanallah... |
Biarpun ekzema tidak berbahaya dan jarang sekali mengancam nyawa namun kehadiran penyakit itu pastinya membuatkan si pesakit tidak selesa dan menggusarkan kehidupan seharian mereka.
Bagaimanapun, ramai yang terkeliru antara simptom-simptom ekzema dan juga jangkitan kuman lain termasuklah kurap. Ini diakui Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris ketika ditemui, baru-baru ini.
"Ramai yang terkeliru dengan membuat andaian bahawa kesan-kesan gatal serta ruam yang dialami adalah berpunca daripada jangkitan kurap,'' ujarnya.
Jelas beliau, ekzema merupakan salah satu bentuk keradangan yang menyebabkan kulit pesakit menjadi sensitif dan menyebabkan kegatalan serius.
"Keadaan itu biasanya berbeza dengan simptom kurap,'' ujarnya yang berpengalaman lebih 27 tahun dalam bidang perubatan kulit.
Katanya, kulit yang mengalami atopik ekzema biasanya menjadi sangat kering disebabkan kehilangan terlalu banyak kelembapan, bagaimanapun ia boleh diuruskan dengan pelbagai rawatan termasuk menggunakan pelembap untuk kulit kering.
Tegas beliau lagi, kulit pesakit ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal. Terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku dan lutut.
Malah kulit juga mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria
Beliau berkata, ujian kulit perlu dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang itu benar-benar menghidap ekzema atau kulat
"Biasanya kita akan mengikis kupingan-kupingan kudis tersebut dan melihat dalam mikroskop untuk melihat kulat. Jika tidak ada kulat ianya adalah ekzema. Biasanya ekzema mudah dikenal pasti dengan melihatnya menerusi mata yang terlatih.
Selain itu ujarnya, terdapat juga ujian lain yang digunakan kepada pesakit untuk menentukan penyebab ekzema.
Ujian tersebut dinamakan Skin Patch Test untuk menentukan penyebab ekzema. Iaitu seperti alahan kepada minyak wangi dan bahan harian yang digunakan.
"Kebiasaan doktor pakar penyakit kulit akan menampal bahan ujian ini dibelakang badan dan membaca keputusannya dalam tempoh dua ke empat hari. Ujian ini dibuat ke atas orang dewasa yang mempunyai ekzema.
''Untuk kanak kanak kita gunakan ujian darah untuk menentukan penyebabnya.
" Walaubagaimanapun faktor keturunan memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang itu mendapat ekzema," katanya.
Ditanya rawatan sesuai untuk penghidap ekzema, beliau berkata, rawatan asas ialah dengan memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.
Manakala rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut.
"Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan, krim ini boleh memberi kelegaan akibat ekzema tersebut.
''Selain itu, keprihatinan ibu bapa juga terhadap anak-anak adalah penting dalam memastikan pemakaian ubat yang diberikan oleh doktor," jelasnya.
Ketika ditanya adakah penyakit ekzema ini boleh sembuh sepenuhnya apabila kanak-kanak membesar, beliau menjelaskan ia bergantung kepada jenis ekzema berkenaan.
"Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 14 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga dewasa" katanya.
Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:
- Bawa anak berjumpa doktor
- Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
- Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
- Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
- Pastikan persekitaran ruma bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
- ika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.
- UTUSAN
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
telefon awam dan aku...
owh telefon awam...
dulu kala masa sekolah telefon awam ni memang dah jadi perkara terpenting...
aku dulu duk kat asrama....
5 tahun dok asrama macam2 ragam kita leyh tengok...
hanya kerana telefon awam...hurm....
telefon awam dulu penting k..sebab
so bila hari cuti jer pasti ade Q untuk pakai telefon...
ada yang nak call pakwe...
ada yang nak call parent..
macam2 la..kalo yang call pakwe tu selagi duit syiling x abiz cakap je xhenti-henti...
xkisah la walaupun rasa lenguh berdiri dengan lama...
kalo turn senior call...
si junior kene senyap jer..xleyh marah2 bila diorang bergayut kat telefon tu lama2...
takut kena hentam balik ngan kakak2....
dulu aku pun pernah lalui macam mana mencari duit syiling...
nak guna fon awam ni tu la...seminggu simpan duit syiling nak guna telefon...
tapi dulu2 tu masa time cinta monyet....bercinta ngan dak sekolah lain...
so nak lepaskan rindu la konon....
so nak bergayut kena la cari duit syiling...hehehe...
kadang kala ngan dak aspura (asrama lelaki)
pun penah gak call....dak laki berani bawak handphone g asrama k....berni mencuba kot...
sekarang, telefon awam pun dah jarang guna...
dak2 sekolah sekarang semua dah ada handphone...handphone canggih2 lak tu..
kalah aku...
diorang guna handphone awam kalo kredit abiz...
hurmm...dak sekarang xmacam dak dulu2....
dulu..syiling n telefon awam bagai 1 benda yang penting...
tapi sekarang...dunia semakin maju....
diorang pandang telefon awam sebelah mata jer....
semakin moden dunia....gini lah...betul x??
hehehehe.....
tapi sekarang telefon awam banyak yang dah rosak..mentang-mentang orang jarang pakai..
manusia-manusia yang xbertanggungjawab rosak kan telefon tue....
abiz membazir...
tapi kenangan syiling dan telefon awam aku tetap xleyh lupa kan....
kalo di ingat kan balik rasa nak gelak guling2...macam mana g merayu kat adik2 junior nak syiling
diorang.....
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Thursday, August 11, 2011
Tanda-tanda awal dan penyebab kanser
(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
antara gambar2 kanser:
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Tuesday, August 9, 2011
jiwa
kadang kala kita terlupa sebenarnya
diri kita ni bukan lah sebaik mana..
kadang kala kita x sedar bahawa kita tidak jujur dengan diri kita..
tapi apa kan daya kebahagiaan orang sekeliling memaksa kita buat sedemikian...
asal kan kita lebih tabah mengharungi masa2 akan datang...
seringkali orang kata kita punya segala nya..
gembira sentiasa...
tanpa duka di hati..
sakit di hati hanya allah dan diri kita yang tahu...
tapi kebenaran nya hanya iman yang dapat membantu
bagaimana kita mengharungi masalah yang kita hadapi...
cekal kan hati...
insyaallah =) ALLAH bersama kita....
semoga ketabahan ini terus berada di hati hingga akhir hayat..
INSYAALLAH...
♥
diri kita ni bukan lah sebaik mana..
kadang kala kita x sedar bahawa kita tidak jujur dengan diri kita..
tapi apa kan daya kebahagiaan orang sekeliling memaksa kita buat sedemikian...
asal kan kita lebih tabah mengharungi masa2 akan datang...
seringkali orang kata kita punya segala nya..
gembira sentiasa...
tanpa duka di hati..
sakit di hati hanya allah dan diri kita yang tahu...
tapi kebenaran nya hanya iman yang dapat membantu
bagaimana kita mengharungi masalah yang kita hadapi...
cekal kan hati...
insyaallah =) ALLAH bersama kita....
semoga ketabahan ini terus berada di hati hingga akhir hayat..
INSYAALLAH...
♥
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Segment Nak Kumpul Link
kawan2 jom kita join segmen nie...
sangat sesuai untuk kita yang suka blogwalking blog2 orang nie...
sebab aku pun suka....
sape-sape yang teringin nak join sila klik blog Z
ni ok....
tarikh tutup
11 OGOS 2011
SELAMAT JOIN...hehehehe....
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Monday, August 8, 2011
China larang Uighur berpuasa
URUMQI 7 Ogos - Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.
Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian.
Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.
Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.
"Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.
Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.
Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.
"Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya.
Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.
Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. - Agensi
sumber: utusan malaysia online
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Wordless Monday - office
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Friday, August 5, 2011
dalam seminggu jerk...alhamdulillah....
hai kawan2...
nampak x apa kat atas tu...hehehehe...
itu lah status saya di facebook hari nie....
ok dengan hepi nyer saya nak bagitau berat saya dah turun k...
dalam seminggu saya dah berjaya kurangkan berat saya..
eh,eh...
saya xde usaha apa2 pun.....mungkin berkat ramadhan,,,
cuma sejak masuk bulan ramadhan ni selera saya xmacam selalu..saya dah kurang makan banyak..
lalalalalala.....
bukan sengaja menyekat tapi itu ketentuan allah...
saya sangat bersyukur sangat...
mungkin kah berat saya akan turun lagi???doa2 macam tula...
tapi kalo x pun xpe..saya redha...
sebab sebelum ni selama 3 bulan berat saya naik sampai 1.7kg....
tapi kali ni dalam seminggu saya dapat kurangkan 1.1kg...hehehe
syukur sangat-sangat....
xcaye itu bukti status saya kat facebook pada 28 julai 2011....
selamat menjalani ibadah puasa semua umat islam...mari kta berlumba-lumba mengejar pahala pada bulan ini dan seterusnya...insyaallah...
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Thursday, August 4, 2011
Harimau Muda garang di Slovakia
SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1. Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010
di Afrika Selatan.
Pada kempen di Afrika Selatan itu, Slovakia berjaya melangkah ke pusingan kedua melibatkan 16 pasukan terbaik sebelum tewas 1-2 kepada Belanda. Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu berjaya menewaskan Bodva Moldava 1-0 pada 26 Julai lalu dan Topvar Topolcany 2-1 pada Sabtu lalu. Menurut Kim Swee, secara keseluruhannya, persembahan para pemainnya semakin menunjukkan peningkatan, namun masih banyak yang boleh diperbaiki.
"Perlawanan ini cukup sengit dengan intensiti yang cukup tinggi. Pemain telah berjaya mengawal permainan dengan baik. “Tapi pada babak kedua, kita kurang mengasak apabila pasukan lawan memberi tekanan terutama di bahagian tengah,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam. Pada perlawanan itu, dua gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.
Kim Swee menurunkan enam pemain kesebelasan bertemu Moldava iaitu Fandi Othman, Amer Saidin, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Shukor Jusoh dan Irfan serta tiga pemain kesebelasan bertemu Topolcany iaitu Ferris Danial Mat Nasir, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Hazwan. Dua lagi pemain iaitu penjaga gol, Zamir Selamat dan Syahrul Azwari Ibrahim turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama. “Sepanjang separuh masa kedua, saya membawa masuk Izuan Solahuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan A. Thamil Arasu,” ujar Kim Swee. Untuk aksi keempat, skuad Olimpik negara akan bertemu kelab Hungary, Honved Budapest pada Selasa depan.
sumber : kosmo
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS
selamat petang dan salam ramadhan,...
soksek-soksek xtau nak searching pape...
bukak la blok kak wanie....
nampak pulak segmen ni...yela kan aku ni bukan ramai follower...
tapi untuk menambah kenalan adalah 1 kemestian...
sebab aku sangat suka berkawan.....
ok, kalo sapa2 nak join ni syarat nyer :
SYARAT PENYERTAAN:
- Buat satu entri bertajuk: MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS
- Letakkan gambar entri ni, baby Hannah main FB
- Linkkan kepada entri ini.
- Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah.
- Jangan lupa FOLLOW pakar aka Hannah Tots yer........
eh, kalo nak join klik kat blog PETUA PAKAR k kawan2....
TARIKH TUTUP:
- Dilanjutkan hingga 10 AUGUST 2011 (23:59) cepat yer...kalo lambat rugi anda nanti...
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
mak saya yang cantik....
kalau orang lain promote pakwe diorang dalam blog...
aku pun nak promote gak...
tapi nak promote mak saya yang cantik....
sape2 pun yang sayang mak diorang pasti akan kata mak dia cantik kan...
sebab kita sayang mak kita...
mak aku suka tangkap gambar tau....
hehehe...
dulu masa muda2 mak aku sangat lah kurus..xde sape pun antara aku n kakak2 aku
yang dapat menandingi kekurusan dan kecantikan mak aku tu...
mana tidak nyer...mak aku anak kacukan..
kami ni anak melayu..hehehe...
sayang mak...
tapi aku xdapat la nak upload gambar mak aku time muda2...
sebab xde kat aku...nanti aku mintak kat tok aku kalo die kasi...hehehe...
walau apa pun pengorbanan n kesungguhan mak jaga kami semua adalah lebih bermakna....
kadang kala aku fikir x mampu nak balas jasa mak tue....
mak andai xterbalas jasa mak tu, kakya mintak maaf yer mak.....
♥ so much.....
aku pun nak promote gak...
tapi nak promote mak saya yang cantik....
sape2 pun yang sayang mak diorang pasti akan kata mak dia cantik kan...
sebab kita sayang mak kita...
mak aku suka tangkap gambar tau....
hehehe...
dulu masa muda2 mak aku sangat lah kurus..xde sape pun antara aku n kakak2 aku
yang dapat menandingi kekurusan dan kecantikan mak aku tu...
mana tidak nyer...mak aku anak kacukan..
kami ni anak melayu..hehehe...
sayang mak...
tapi aku xdapat la nak upload gambar mak aku time muda2...
sebab xde kat aku...nanti aku mintak kat tok aku kalo die kasi...hehehe...
walau apa pun pengorbanan n kesungguhan mak jaga kami semua adalah lebih bermakna....
kadang kala aku fikir x mampu nak balas jasa mak tue....
mak andai xterbalas jasa mak tu, kakya mintak maaf yer mak.....
♥ so much.....
ni la mak saya dunia dan akhirat.... |
mak saya suka bergambar k... |
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
jangan parking sesuka hati yer....
VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.
Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.
Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.
“Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.
“Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. “Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati.” Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.
Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.
Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.
Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.
“Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?” soalnya.
“Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik.” Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi
untuk nampak lebih real meh ke link ini yer...http://travel.uk.msn.com/travel-advice/dont-park-illegally-in-vilnius-the-mayor-has-a-tank....tengok video lebih best kot..hehehe...
dalam video nie....tuan punya kereta xmarah pun kete dia kena hentam begitu sekali...kalau kat malaysia??apa jadi ek????mau bawak geng gi pukul orang tu dah pe...
sumber :my metro
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Wednesday, August 3, 2011
novel xbeli lagi tapi dah dalam ranking...
soksek2....
nampak plak(KERATAN AKHBAR) 5 Novel Terlaris / Bestseller di POPULAR. Rujukan Bahagian Sastera, Akhbar BERITA HARIAN, Jumaat. 29 Julai 2011. Sumber Popular Book Co (M) Sdn Bhd
and the result is...
1. 7 HARI MENCINTAIKU - Siti Rosmizah
2. CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada
3. KASIH YANG SUCI - Meen Zulaikha
4. SYURGA DI WAJ
5. STANZA CINTA - Nurull HalawatiAHMU - Laila Hanni
.
nampak plak(KERATAN AKHBAR) 5 Novel Terlaris / Bestseller di POPULAR. Rujukan Bahagian Sastera, Akhbar BERITA HARIAN, Jumaat. 29 Julai 2011. Sumber Popular Book Co (M) Sdn Bhd
and the result is...
1. 7 HARI MENCINTAIKU - Siti Rosmizah
2. CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada
3. KASIH YANG SUCI - Meen Zulaikha
4. SYURGA DI WAJ
5. STANZA CINTA - Nurull HalawatiAHMU - Laila Hanni
.
wuargghh.....novel CINTA KONTRAK dah siap masuk ranking tapi ak xbeli2 lagi novel tu...
tolong beli kan novel,sape2 yang baik hati...
"cinta kontrak ngan 7 hari mencintaiku"
wahai budiman cepat hadiah kan buku tersebut kat aku...
huhuhu
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Teknik Nak Tau Org Tu Dah Ada Balak/aWek Ke x!!!
emel ini di ahntar oleh rakan sekerja aku pada 11 jun 2011...
untuk share kepada semua....
untuk suka-suka...
Katakan anda ada kenal seseorang, yang anda minat sangat-sangat.
Anda suka gila kat dia ni.
Tapi suka-suka pun, kalau ‘si dia’ tu dah ada awek/balak buat apa kan?
Buang karan jer! Dak gitu?
Jadi anda tahu tak cara mudah macammana nak pastikan ‘si dia’ tu dah ada balak/awek ke tak?Takkan la nak terus tanya direct jer macam ni ;“Eh awak dah ada balak/awek tak?”
Tak segan ker? Ada berani ker nak tanya macam tu? Mungkin ada yang berani tanya secara direct macam tu.
Tapi saya rasa kebanyakan diantara kita memang segan/malu nak tanya macam tu kan?
Maka di sini, saya ingin perturunkan kepada anda satu teknik mudah yang saya selalu gunakan satu masa dulu untuk memeriksa sama ada seseorang itu dah ada yang berpunya ke tak.
Baik, begini caranya…jeng jeng jeng :
1-Jumpa dan berbual-bual dengan ‘si dia’ tu.
2-Mula-mula tanya khabar dan sembang jer la apa-apa pun.
3-Pastu, dalam masa anda menyembang tu, cuba selitkan soalan macam ni ; “Eh…awak kalau hari cuti, selalunya buat apa ek?”
4-Kemungkinan besar jawapan yang akan diberikan adalah seperti ; “Saya selalu pi shopping” / “Jalan-jalan” dan sebagainya.
5-Haaa masa tulah anda ada bagi soalan cepu emas pada dia ; “ ooo yer ker, pi jalan-jalan/pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker? *Sila tanya dengan spontan dan bersahaja*
6-Atau kalau dia bagi jawapan macam ni ; “Takde buat apa-apa pun, just dok kat umah jer” / “Tengok TV kat umah sepanjang hari”. Haa kalau jawapan yang macam ni, anda cuba tanya macam ni pula “Laa takkan la terperok kat rumah jer, tak keluar jalan-jalan ngan ‘ehem ehem’ ker?” *Sila tanya secara spontan dan bersahaja.*
7-Bila dah tanya soalan yang macam tu, pastu anda senyum je la menantikan jawapan/respon yang diberikan.
8-Tumpukan perhatian betul-betul pada respon yang dia berikan dan cuba tengok cara dia jawab soalan tu. Kerana di sinilah kunci untuk kita mengetahui sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.
*Melalui pengalaman saya, dengan bertanyakan soalan yang macam tu, kita sudah boleh mengagak bahawa dia tu dah berpunya ke tak. Ya, dengan hanya berpandukan jawapan/respon yang diberikan saja, sudah cukup untuk kita mengagak ‘status’ seseorang tu. Hasil kajian tak rasmi saya mengatakan 90% agakan yang dibuat berdasarkan respon soalan sebegitu adalah tepat.
*Cuba anda buat kaji ujikaji teknik ini pada 2~3 orang kenalan anda dahulu. Ianya memang memberikan ‘hints’ pada anda tentang seseorang tu dah berpunya ke belum.
*Biasanya kalau ‘si dia’ tu dah berpunya, biasanya dia akan senyum tersipu-sipu malu (terutamanya perempuan) apabila di tanya “Pi shopping dengan ‘ehem ehem’ ker?”. Tak pun dia akan jawab direct jer macam ni “ haah la, keluar dengan pakwe la apa lagi”.
*Kalau ‘si dia’ tu masih belum berpunya pula, antara jawapan yang biasa saya dengar ialah ; “Emm, saya mana ada pakwe lagi” atau “Mana ade ‘ehem ehem’, saya pi shopping ngan kawan jer la.” Atau “ Dengan ‘ehem ehem’?, saya mana la ada ‘ehem ehem’. Siapa la yang nak kat orang macam saya ni!”
*Respon yang paling best pernah saya terima ialah : “Keluar dengan ‘ehem-ehem’?. Saya takda ‘ehem-ehem’ lagi. You la jadi ‘ehem ehem’ I …nak??!!!”. Masa saya dengar jawapan tu, terkezut beruk saya di buatnya. Ganas giler ‘awek’ tu. Masa tu saya pulak yang tersengih menggelabah kerana mendapat respon diluar jangkaan tu…hehe.
Haaa apalagi…anda ada ‘secret admire’?
Try la ‘teknik power’ saya ni untuk check sama ada ‘si dia’ tu dah berpunya ke belum.
Selamat mencuba!
aku ingin menjadi rama-rama yang cantik...bukan sahaja cantik dari segi fizikal, tetapi cantik dari segi rohani
Subscribe to:
Posts (Atom)