Margerat Thatcher |
Beg tangan Margaret Thatcher yang terkenal sebagai simbol kuasanya
sebagai Perdana Menteri Britain,
akan dilelong untuk tujuan kebajikan, lapor akhbar The Sunday Timeshari ini.
Beg tangan yang menimbulkan rasa gentar kepada menteri-menteri itu
dijangka meraih £100,000 (RM496,000) apabila dilelong pada 27 Jun ini di Christie's.
Beg Asprey berwarna hitam itu merupakan beg yang sering digunakan oleh Thatcher
untuk majlis-majlis penting seperti sidang kemuncak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Ronald Reagan
dan
pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev ketika zaman pemerintahannya dari 1979 hingga 1990.
Lord Kenneth Baker yang berkhidmat di dalam kabinet Thatcher d
ari 1985 hingga 1990 mengatakan,
beg tangan itu merupakan senjata rahsianya.
"Selalunya dia akan mendapatkan beberapa kertas dengan hujah yang tidak dapat dipertikaikan dari beg itu," ujarnya.
Thatcher sering meletakkan beg tangannya di atas meja Kabinet sebagai simbol kuasanya
sumber: UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Salah satu beg tangan margerat thatcher.. |
NOTA KAKI:ade xsape2 nak beli handbag aku dgn harga rm500..lelong2....
mesti xde kan...huhuhuuhu