Welcome

Thursday, March 31, 2011

GILER TENSION....

SAYA SEDANG TENSION....
wwwuuauauarrrggghhh...
tau x pe maksud tension???xtau ke???aku pun xtau ...
yang aku tau aku sangat tension beb!!!!

!@#$%^&*()_+123456778()++)*^%%$$###@%$^%^&(*_+_
<>?:"{}||_)*&%^%$$#%$^&*&_++}_+)(*&%$#!@!~!@#$%^&*()_)P{OTRVCHNYUOIL  $#@$%&*&^%$$%^&*()(&*%$@#$@#%^*&)?>






TENSION GILERRR!!!!

Thursday, March 24, 2011

x tenang hidup dgn hal 3segi....

selamat pagi sahabat,teman,kawan dan taulan
hari nie tibe2 ade idea..bkn pe pun..
sekarang teringin nak bercerita n apa yang terasa di hati,...
de first of all,thank to allah because HE give our life look perfect everyday...
hari nie, jari menari lagi...
nak citer 1 kisah yang xtau la..tapi ikut suka la korang nk baca ke x kan...
this is my blog!!!
heheheheehe...belagak bebenor cara tulis nyer....
ok,nak citer kisah seorang jelitawan duduk di meja someone...
owh, memang  dia terkejut dengan kata-kata 'S'...
S bagi tau die nak pindah??die dah ckp kat BB(bro bob) die nak tukar
tapi aku xpasti la pe yang BB ckp kat die...
pas aku dengar aku tiba2 rasa xsonok lak...
bukan pe sebab S nak pindah sebab ada makhluk2 halus (MH) yang buat perangai...
kadang2 aku pelik dgn MH ni,orang dah bagi peluang..tapi bole x jangan la wat perangai dah
kita semua dah tau manusia ni xperfect..nape la korang ni x leh bg  peluang...
setahu aku S ni dah bagi peluang...die pun ade perasaan kesian kat MH, tapi MH  bila dah dapat lagi dia 
wat perangai...
xbaik la...xboleh ke diorang jgn wat perangai...biar semua orang hepi dok kat taman biru ni...
ni x,ade je xleh terima...sabar la....
aku bila dengar S ckp die patut pindah ke taman lain...aku mula pikir macam2 dah...
rasa xnak dok taman ni ade,nak pindah negeri lain pun ade...
kalo bole xnak dah dok taman dan daerah yang sama...
aku harap sangat S x jadi pindah...bkn pe..aku xleh la nak lalui sorang2...
kalo nak pun biar MH yang pindah...
dia xpenting pun dalam taman kitorang ni...
lagipun sejak die berpindah masuk sini,taman biru semua x tenang...
ingat kan segelintinr je x tenang,upenyer seluruh penduduk taman xsuka dia ke sini...
1 jer cara...MH sila la buang ego anda tu....jgn nak tunjuk bagus jer....sila la amal kan hormat menghormati orang sekeliling...kalo ade tiang elektrik pun xsemesti nyer ko bagus k...
S pulak jangan la emosional sangat...walaupun dah banyak mkn hati kan....sabar yer,masalah xkan selesai 
kalo lari..S sepatut nyer cari cara nak berusaha memperbaiki semua permasaalahan nie k...
BB lak ko wat jela hal ko k...tapi sila pantau MH tu.....
AKU?? aku malas nak pikir sebab aku tengok MH xberubah pun bil dah bagi peluang...lagi dia buat ahl tah pape ade la...lagi x hormat org se taman die..
fikir-fikirkan lah dan selamat beramal S,BB,MH &aku....

Tuesday, March 22, 2011

menci & benci

wwwuwuuaaarrrggghhhh....
tolong kawan2 aku dah xde idea nak tulis apa dalam log ni...
dah banyak aku tulis sume nyer x publish pun...aku jadi kan draft jer....
nape ni...adoiiiii...
aku punya la semangat nak tulis mcm2,last2 bila dah siap tulis
then aku baca balik tgk2 xbest...
aaarrrgggghhhh...
blog x di update...aku xnak blog bersawang....
mana idea ni...
hilangkah sudah....huhuhuhuhu....
ttttooooooolllllooonnnggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!


Sunday, March 20, 2011

ciri-ciri wanita idaman lelaki???



1.Menjaga agama Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul.
Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini. 

2. Kecantikan Dalaman Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang. 

4. Pandai Menjaga Kecantikan Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.


5. Berakhlaq Mulia Wanita yang berakhlaq mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami. 

6. Tidak Mempamer Keseksian Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki
.
7. Tidak Cerewet Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.


8. Memahami Lelaki Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini: .:

: - Bersopan satun .
: - Senantiasa memaniskan wajah .
: - Senantiasa memberikan senyuman ikhlas .
: - Menutup aurat .
: - Ramah dan mesra .
: - Tidak terlalu cemburu  
:: – Menghormati orang lain Baiklah saudari dan saudara. 

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Semoga apa yang telah dikongsikan dapat memberi manfaat kepada diri anda dan menjadi kayu pengukur dalam keperibadian akhlaq diri saya dan juga anda serta pasangan. Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi

Friday, March 18, 2011

bunga ros itu???

Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros.
 Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros! wah,pasni saya nak beli bunga ros berdozen-dozen lak...biar nampak macam kedai bunga lak bilik saya..hehehehhe....

Thursday, March 17, 2011

Pemilik Lamborghini Upah Orang pecahkan keretanya..


Kami mulakan hari ini dengan hobi orang kaya, baru’lah ada feeling vip-vip gitu. Seorang ahli perniagaan China yang berang dengan layanan yang kurang memuaskan hati oleh pusat servis Lamborghini ekoran gagal membaiki kerosakan telah mengupah beberapa orang untuk memecahkan keretanya, menggunakan tukul industri. Fuh!
Difahamkan, pemilik kereta bernilai Usd500 ribu ini sangat kecewa & dia ingin menunjukkan kemarahannya dengan cara yang paling ekstrem, dan bergaya. Kereta tersebut pada mulanya dihantarkan kepada pengedar sekitar bulan November kerana enjin kereta gagal berfungsi. Namun, pihak bengkel gagal membaiki kerosakan tersebut, dan entah macam mana mereka turut merosakkan bumper & chasis kereta berkenaan.
Selepas bertelagah dengan beberapa pengedar serta pemilik Lamborghini yang lain, pemilik kereta ini berkata bahawa satu-satunya cara untuk membela hak pengguna ialah dengan memecahkan keretanya 

Wednesday, March 16, 2011

Ulat besar dalam mata!!!!


Percaya atau tidakseekor ulat yang besar boleh menduduki dalam mata manusia???
hahahaha..cuak x??
mata yang cantik tiba2 ada ulat....
macam nie cerita nya.....
Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak. Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya. Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki  itu telah pulih. Kalaulah ulat itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, makin banyaklah ulat yang akan bersarang di situ.subahanaallah..seb baik dia cepat g jumpa doktor kan..


kepada kawan2 yang di sayangi jagalah mata anda sebaik nya k....

Episod telah bermula KE???

Hari nie,seperti yang dirancangkan telah terlaksana...
bermula pada hari nie termaktub lah segala kemungkinan akan berlaku...
kuat kah aku nak tempuhi...
setakat ini alhamdulillah mental dan fizikal masih boleh bertahan...
adakah bermula pada hari ni bermula episod ringan tanggungjawab..
atau akan bermula episod merunsingkan...
lain orang lain rasa...
lain rasa lain cara...
lain orang lain bahasa...
jadi jangan xdapat terima ye kekurangan semua itu...
aku cuba untuk melupakan apa yg dah lepas berlalu..
kepada kejadian hari tue xdapat nak dilupakan...
betul...
xlogik...wuuuaaarrgghhhh,pe dah jadi kepala pening aku ni.....
aku xdapat nak hilangkan perasaaan marah beberapa bulan yg lepas...
kenapa perasaan marah tu masih berbaki....
kenapa benda lapuk gitu xleh nak dilupuskan...adoi...
hutang lapuk pun masih boleh dilupuskan...
fail2 kerajaan pun bole dilupuskan.....tapi mungkin kali ini
aku umpama fail projek yang hanya 20taun usia fail tersebut baru boleh dilupuskan....
mungkin aku perlu bersabar...
tolong ya ALLAH, tolong jangan biarkan aku mempunyai perasaan dendam dihati ini..
betul kata orang kerana mulut badan binasa...
tapi aku xde la sampai badan sakit-sakit kan....
hahahahahahahaha...
aku rasa sekarang ni bermula la episod aku kena terima apa saja yang berlaku...
kepada yang rasa seperti aku,...
bersabar lah...sesungguhnya orang yang mengguna alatan seperti "kabel" untuk memberi cahaya kepada dirinya xkan diberi selamanya cahaya itu melainkan orang itu berusaha sendiri mencari cahaya 
yang cantik tersebut...
wahai hati bertenang lah.....
insyaaalllah..
xkan selama-lamanya

Friday, March 11, 2011

thanx u doc!!!!

Hari ni blog di conteng coz nak wish very2 thanx you to Dr aminuddin coz 
beli kan aku buku novel...
tq coz beli kan walau pun doc x minat pun novel bahasa melayu cintan cintun ni...
sangat terharu coz doc berusaha carikan kat pesakit doc ni...
pesakit doc ni memang dah sampai putus asa mencari novel ni tau...
coz cari kat MPH dah habis, cari kat GRAMEDIA pun dah habis...
doc, tuhan jer dapat membalas jasa baik doc kat pesakit doc ni..
sangat2 terharu..ni..
bukan ape, sebelum ni kan doc nasihat kan supaya baca buku ilmiah,fakta
dan yang memberi ilmu dan pengetahuan..
xsangka doc beli kan jugak buku ni...
tq doktor!!!
macam2 bookstore dah cari tapi xjumpe jugak...
tq doc tolong belikan...
tq tolong carikan...
tq coz kasi novel tu sebagai hadiah....
tq coz untuk segala nya...
doc terbaik!!!!!
wink2x....
akhirnya novel ni jadi jugak milik aku,,....yeaaaahhaaaa!!!1

Thursday, March 10, 2011

beberapa hari...

hanya beberapa hari jer lagi...
aku xtau la macam mana nak berhadapan dengan nya...
oh, no no no...
pliz la...
macam mana yer nanti??
hari tu dah macam ada persengketaan jer...
untuk beberapa hari akan datang ni macam mana la plak kan...
aku kena bersedia dari segi mental dan fizikal...
andai xdapat...
aku pun xtau nak buat apa dah....
aku tau mesti nnt ada yang masih berdendam...
what the hell, man.....
calm down yaya,
jangan pikir paper dah...
lupa kan jer, just wait and see apa akan jadi nanti....
hope ada perubahan 
akan datang nanti...
hope benda  yang dah lepas di lupakan jela...

Tuesday, March 8, 2011

OH ADIK FLOOR 6

petang tadi around 7.00 pm aku kuar rumah nak turun bawah g
"umah sampah" a.k.a tempat pembuangan sampah 
kat ground floor.
masa dalam lif nak turun..tiba-tiba pintu lif terbuka kat tingkat enam....
masuk la 2 orang budak (boy n girl) ...so cute...bawak masuk
2 beg plastik sampah.masa tiba kat ground floor aku kasi la penghormatan kat budak2 kecik tu
kuar dulu....
then they say thanx u 4 me...
dalam hati aku sopan betul bdk tu...
then masa kat tempat sampah...
budak tu dah buang sampah n aku pun masuk la dalam itu rumah sampah..
(umah sampah kat umah saya ada pintu k...that y panggil umah sampah)
then si cilik(de boy)
pas die kuar die pegang pintu...nak tau nape die pegang pintu??
sebab die nak balas budi kakak ni coz kasi die kuar lif dulu...
after aku kuar dari rumah sampah...then terus die tutup pintu umah sampah...
ya allah..tyme tu aku terus tiba2 rasa baik nyer adik ni....
elok lak time tu dah start azan..aku pun laju kan la langkah kaki nak nek lif...
bukan apa dah maghrib kan...
xsangka lak si cilik tu lari2 nak naik lif sekali ngan aku...
aku just tersenyum..then ade la sembang sikit2....
aku xleh lupa " adik tingkat 6" tersebut...
bukan sebab die comel...
tapi sebab
budi bahasa nya
100% mark kat family si adik atas didikan yg diterap kan...
luv u adik tingkat 6....

jangan kahwini perempuan itu!!!!


“Jangan engkau kahwini wanita yang ada enam sifat ini, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan

yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang

Syadaqah.”




Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit

atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah: Suka mengungkit-ungkit terhadap suami. Wanita ini sering

menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang

dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wania Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu

menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk

membelinya.

Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan

menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali

sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu dan bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

aku redha,tapi aku mahu...

selamat pagi....
1st of all nak wish
happy woman day kepada semua wanita 1 dunia....
kali yang ke 100 yer..
ok pagi ni xtau la nak wat pape,tapi ingin menulis...
bukan apa aku mula ingat balik apa yang jadi kat aku sepanjang umor 19 thn hingga sekarang...
soal hati bila berbicara sangat hiba jika mengigat kembali benda yang lepas....
hurrrmmmm....takdir tuhan kan...
pagi2 dalam pukul 7.20 am aku dah sampai ke office....
so awal-awal lagi sampai n on pc, aku dah bukak fb....
tapi kenapa tah tiba2 hari ni bila dah terbuka 1 fb kawan aku yg blaja sama2 kat matrikulasi dulu2...
then terus berkait dengan kawan lain-lain..
mula2 fb si A, pastu kawan si B,C.D dan seterusnya...
tengok kawan2 semua masuk u...aku??
aku teringin nak masuk u mcm kawan2 yang lain....aku sedar aku x sebijak diorang...
tapi xde ke peluang untuk aku sambung belajar??memang pointer aku x sampai pun 3.00....
tapi aku sedih la...aku bukan gagal or lulus bersyarat.....
aku nak macam kawan2 yang boleh ambik degree..aku nak macam kawan2 yang bakal 
pakai jubah masa graduate...pegang ijazah...bagi mak hepi...
aku tau mak cakap je mak xkisah...
mak cakap kat aku xpela xde rezeki...sekurang nyer sekarang aku dah ada keje...ngan goverment lak tu...
tapi hati seorang ibu mana kita tau kan..mak tengok anak orang lain dapat ijazah..mesti
mak pun harap anak dia pun macam tu...
ye memang betul semua tu n bukan aku x bersyukur...cuma aku juga ada keinginan...
aku pun ada impian...aku xsangka perjalanan hidup aku macam nie...
ya allah,sedih kalau di fikir kan balik...aku malu???mana mungkin aku xde perasaan malu dgn kawan2 yg berjaya melanjutkan pelajaran...bila jumpa kawan2 semua cerita betapa seronok belajar dkt u...
aku pulak hanya mampu tersenyum tengok diorang...tapi hati aku ni...sedih,pilu...aku jela yang simpan sorang2...aku xmampu ikut jejak langkah macam kawan2 aku..ya allah...
aku xtau apa dugaan yang allah bagi kat aku nie..
bukan aku nak ikut orang...aku cuma berharap masih ada peluang kedua untuk hidup aku ni...
aku nak belajar then dapat tolong mak aku...
kalau dah hidup senang aku boleh kasi sikit2 duit kat mak bagi cukup then kasi mak melakukan ibadah haji...
bukan aku xpenah berusaha,dah banyak kali aku cuba,dah banyak kali apply u...
tapi jawapan nya tetap sama jugak...kecewa? kalo ikut kecewa...
dah banyak kali aku kecewa..dah banyak kali aku menangis...
sehingga kan aku x mampu nak menangis....bukan aku nak marah dengan ketentuan allah...
bukan aku nak salah kan semua takdir
cuma aku memikirkan nasib aku ni...
dengan sape aku nak ngadu..dengan sape aku nk kongsi masalah macam ni...
aku nak peluang kedua...
aku nak belajar lagi...
doakan aku agar aku boleh capai impian aku ni....
(nasib setiap manusia ni semua xsama,tapi jangan lepas pada berusaha...)
insyaallah i'll remember that!!!

Monday, March 7, 2011

so tired being me!!!!


yes....
i'm very tired...
penat...penat dan penat....
kadang2 sampai pening pikir masalah aku ni...
orang xsedar apa yang merunsingkan hati aku...
setiap hari orang sekeliling aku just nampak aku happy jer...
xkisah pe pun, nampak aku sama jer riuh rendah...
sentiasa senang hati....
sedang kan dalam hati ni selalu memikir,,,tension jugak bila di pikir...
sebab xtau macam mana nak handle...
kadang2 xmampu nak hidup dalam kepura-puraan...
fizikal happy tp hati allah jela yang tahu...
kadang2 kalau meluahkan macam 
xsesuai plak..aku xtau nak ngadu kat sape n xtau macam mana nak ngadu...
macam xde isi jer...aku ni kalau masalah remeh temeh aku senang la nak ngadu kat sape2....
tapi kalau masalah yang so hard....macam xsampai hati lak nak citer kat orang...
dugaan yang allah kasi kat aku memang dah mendewasa kan aku...
memang dah membuat kan aku menjadi seorang yang tabah...
aku redha apa yang dah jadi...tapi setabah mana aku mampu mengharungi semua ni...
kadang-kadang berat jer kepala ni bila pikir balik...
yang aku mampu, biar je...jangan terlalu memikir masalah....
aku xsuka nak citer masalah tapi aku perlu meluahkan masalah aku kalau aku
nak ringan kan masalah aku nie....
sekurangnya, selepas aku luahkan hati aku tenang sikit...
tapi aku xmampu nak cerita...
ya allah....bantu lah hamba mu ini....
supaya tabah mengharungi dugaan mu........
aminnnn.....

Thursday, March 3, 2011

yaya bangga ada ibu....

ini ler rupa si pembuat contest tu.....
anak manje!!
mana2 anak mesti bangga ada ibu kan...
so that y la yaya masuk contest ni...
sebab yaya terlalu bangga dengan mak yaya...
mak dah lama besar kan kami 9 adik beradik hingga kami semua berjaya sampai sekarang...
mak merupakan insan di mana yg juga menanggung tugas sebagai seorang ayah...
selepas abah meninggal mak yang jaga yaya dan adik beradik yang lain...
susah senang, penat lelah mak berkerja mencari rezeki kat kami semua....
xkira mak penat ke,,,mak sakit ke mak tetap pi kerja...
mak takut anak2 dia xmakan...
xboleh bayang kan macam mana yaya nak hidup dekat dunia ni tanpa mak...
yaya bangga sangat ngan mak
yaya sayang sangat kat mak...
semoga allah panjangkan umur dan murah kan rezeki mak...
mummy i   u.....


kepada kawan2 yang nak luahkan perasaan untuk menunjukkan anda sayang ibu anda
sekali gus boleh masuk contest ni....
sila la join je....
sila ke page KSP-saya bangga ada ibu (klik disini)
tarikh tutup 18 march 2011 yer kawan2...cepat2 jgn terlambat...

special tagged to :

Wednesday, March 2, 2011

Awas, Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!


Kementerian Kesihatan UAE memberi  amaran bahawa rawatan kaki/kulit
alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan  seperti yang dipaparkan pada
gambar di atas boleh menyebarkan penyakit  bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin  Al Amiri, "Penggunaan
ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat  kepada orang ramai
kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk  hepatitis dan
AIDS/HIV."

Tambah Dr Amin, "Sesetengah orang  mungkin mengalami penyakit berbahaya
dan virus pada luka mereka akan mudah  dipindahkan kepada orang lain
melalui ikan dan air."

Prosedur  rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat
kulit termasuklah  penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki  meletakkan kaki di dalam sebuah kolam
kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra  rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan "memakan" sel-sel kulit yang telah  mati pada kulit
pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki  menggunakan teknik ini diharamkan di 14
buah negeri di Amerika
untuk tatapan bersama kawan2 yaya....

♥ u'll

Tuesday, March 1, 2011

♥ Lucky Draw Ratu Tupperware ♥

Lucky Draw???
wah2x....yaya suka tupperware...
tupperware ni bagus tau kawan-kawan...
yang paling best nyer tahan lama la....
pastu kalau pecah ke kan...
boleh diganti dengan yang baru dengan syarat bawak bekas yang pecah tu...
kat rumah banyak bekas2 tupperware k....
dulu masa sekolah pun bawak botol air tupperware....
boleh dikatakan 
1 family la pakai bekas tupperware....
anak kakak yaya pun pakai botol susu tupperware...
so, that why la yaya nak masuk contest ni tau....
sebab tupperware ni bagus n puas hati bila dipakai
sape2 yang nak masuk 
sila klik di bawah
kalau menang boleh dapat tupperware yer kawan2....
cepat2 tarikh last die sampai 7 march 2011 ni jer....
cepat yer...

special tag 4 :
kak ziela
kak ella
kak eilah

♥ u'll