Tuesday, July 31, 2012

Bahana Penyakit Psoriasis!!!

Anggaran tiga peratus rakyat Malaysia alami kegatalan, trauma psikologi akibat penyakit kulit kronik 



Bagi segelintir individu, masalah kulit itu mungkin dianggap biasa atau bermusim. Namun, sebenarnya ia adalah psoriasis. Ia adalah sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. 
Laporan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Psoriasis menyebut, penyakit kronik berkaitan imuniti ini biasanya muncul pada peringkat umur antara 15 hingga 25 tahun. Namun, ia boleh bermula pada sebarang peringkat umur. 

Mengikut laporan Persatuan Dermatologi Malaysia (PDM), kira-kira tiga peratus rakyat Malaysia menderita akibat psoriasis – penyakit kulit kronik yang dikaitkan dengan berbagai beban fizikal dan emosi. Pesakit psoriasis di seluruh dunia pula dianggarkan mencecah 125 juta orang. 
Daripada jumlah itu, dianggarkan hampir satu per empat daripada mereka menghidap psoriasis peringkat sederhana hingga serius serta perlu diberi perhatian. Penasihat Perubatan Kehormat, Persatuan Psoriasis Malaysia, Dr Steven Chow Kim Weng, berkata secara psikologi, derita akibat psoriasis menyebabkan pesakit kurang yakin dengan imej sendiri, rendah diri, kemurungan, hilang identiti serta berdepan konflik pemencilan sosial. 

“Pesakit perlu sedar Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang. 

“Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi)

“Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti. 

“Pengalaman merawat pesakit yang menderita psoriasis sederhana hingga serius selama beberapa tahun memberi perspektif bahawa penyakit ini bukan saja menjejaskan hubungan sosial pesakit, malah menimbulkan perspektif negatif terhadap keadaan diri mereka. Justeru, rawat penyakit ini secara berkala,” katanya. 

Dr Steven berkata, psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak). 

Ada juga psoriasis tahap kronik sehingga memerlukan rawatan di hospital antaranya erythrodermic psoriasis; Lampin psoriasis; Pustular psoriasis (teruk hingga menimbulkan kesakitan); Guttate psoriasis dan Plaque psoriasis (bertompok dan timbul). 

Sehubungan itu, masyarakat dinasihat mendapatkan pemeriksaan perubatan menyeluruh dari pakar kulit atau mencuba kaedah rawatan inovatif biologik dan berkualiti tinggi. Salah satu pilihan yang ada ialah inovasi terbaru syarikat farmaseutikal, Janssen.
Ubat baru ini dikenali sebagai Ustekinumab (atau dulu dikenali sebagai Stelara) iaitu sejenis ubat preskripsi untuk merawat plak psoriasis sederhana hingga serius. 
Ustekinumab atau Stelara dikatakan menyediakan pilihan rawatan yang selamat dan berkesan untuk kulit yang lebih licin dan kelegaan daripada simptom seperti ketebalan plak, kulit bersisik dan kemerahan. Stelara adalah rawatan biologi bagi psoriasis yang boleh diterima dalam dos suku tahunan (setiap 12 minggu) iaitu sebanyak empat suntikan setahun selepas dua dos permulaan. 

Simptom psoriasis 




  • Keguguran sisik pada kulit 
  • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. 
  • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza 

    Tip rawatan dan ubat melegakan; 

    Pelembap 
  • Penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. 
  • Gunakan pengganti sabun seperti krim akueus atau salap pelembap 
  • Gunakan sarung tangan 
  • Potong pendek kuku jari tangan dan kaki bagi mengelakkan menggaru dan kulit tidak rosak 

    Ubatan dan krim. Saranan doktor antaranya; 
  • Krim berasaskan coal tar (arang), kortison atau jenis pelembap. 
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol 
  • Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA 

    Kunjungi klinik berdekatan dan berjumpa doktor bagi menilai keadaan anda. Mulakan rawatan bersesuaian dan jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada tahap kronik penyakit anda. 

    Perlu diingati!Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ia tidak boleh sembuh namun, dapat dikawal menerusi rawatan jangka panjang.  




  • Thursday, July 26, 2012

    Apa Itu Nikah Gantung?


    Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

    Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

    Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

    Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

    Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
    Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
    Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
    Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

    Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

    Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

    Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

    Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

    Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

    FAKTA: Kebanyakan umat Islam kurang mempunyai kefahaman mengenai Nikah Khitbah dan takut mengambil risiko. Sama-sama kita semarakkan ilmu agama semoga kita sentiasa mendapat kefahaman :)

    Wednesday, July 18, 2012

    Malaysia 4 Languages Rap...


    petang-petang ni cuba untuk hepi kan diri dengan bukak youtube....
    sambil dok layan video perhimpunan macam2....
    tiba-tiba terpandang 1 tajuk video

    We Are Gangster! 

    video gangster apakah??
    bukak rupa2 nyer ni lagu tema untuk filem 

    "Hantu Gangster"

    apa yang menarik nyer tentang lagu yang boleh menarik minat aku nak buh dalam blog yang serba
    kekurangan ni adalah disebabkan 
    lagu ni menggunakan 4 bahasa
    BaHaSa MeLaYu
    BaHaSa InGgErIs
    BaHaSa cINa
    BaHaSa TaMil
    just like 1MALAYSIA right....
    kita rakyat malaysia walau di mana dan siapa kita
    walau pun kita berbilang kaum dan bangsa
    kita berpijak di bumi yang sama.
    dan dengan adanya penglibatan pelbagai kaum di dalam
    video klip ni, pada pendapat aku...
    nice la...
    pada kita mengadakan pergaduhan sesama kaum
    perpaduan macam ni kan lebih baik...
    xdela asyik nak kutuk dan salah kan 
    bangsa lain jer....

    Tuesday, July 17, 2012

    Berdoa lah....


    apabila kita terasa sedih dan pilu
    apabila hati kita resah dan gelisah berdoa lah....
    semoga allah memakbulkan segala permintaan kita....
    allah sayang hambanya....
    insyaallah, tenang jiwa......
    Berdoalah selagi kita mampu...
    kerna allah akan sentiasa dengar doa kita....
    sombonglah kita jika kita tidak memohon apa2 dari pencipta kita....

    Thursday, July 12, 2012

    ini N.A.S.i.h.a.t



    andai suatu hari anda ter alpa dalam membuat 1 keputusan....
    andai suatu hari anda rasa tertipu walaupun sekali...mohon agar cepat anda kembali kepada realiti...
    rugilah kita jika terus hanyut pada khayalan sahaja....
    andai 1 hari anda menemui seorang insan yang baik dan meluahkan rasa hati nya...
    pasti kita akan merasakan 1 keindahan....orang nasihat kita bagaimana pun...
    dari anggukan kita terima nasihat..tapi hati menidakkan nya....

           " suatu hari, hadir seorang insan meluahkan kata-kata indah pada kita...perasaan yang konon nya ikhlas dan suci... kata2 manis si lelaki yang meyakinkan akan membahagiakan...
    tapi akhirnya apabila kita sudah bagaikan "syok sendiri" dia abaikan kita....xtahu apa niat nya
    apabila kita dah "syok sendiri" dia abaikan kita begitu saja, tiada kata putus...kita akan terus ter perasan mungkin...si lelaki berasa bangga saham nyer yang tinggi...apabila dia berjumpa dengan perempuan lain dia 
    meluahkan kata2 yang sama...kita di biar kan bagai "gantung tidak bertali" atau lebih mudah di biarkan tanpa
    apa2 status....sampai kan kita rasa betul2 berserah dan kita minta berpisah kerana terlalu makan hati....
    pada pihak kita minta putus lebih baik pada makan hati...pada pihak si lelaki....gembira bukan kepalang  
    kerna kita minta tiada apa2 hubungan lagi...ini bermakna dia merasakan dia tidak bersalah dan bukan salah diri nya atas perpisahan itu"

    sebenarnya dari kata2 di atas melambangkan wanita atau perempuan terlalu percayakan
    lelaki...memang bukan semua lelaki sama...api segelintir lelaki yang tidak pernah merasakan
    perbuatan salah mereka mempermainkan hati perempuan..tapi andai perempuan memainkan perasaan
    mereka...bukan main dahsyat mereka lakukan.....kata2 keji..kutukan dan hinaan...
    wahai wanita, bangun dan jauhkan diri anda dari pujuk rayu serta kata-kata manis lelaki...
    berfikiran lah secara waras supaya kita mampu mengejar balasan untuk di akhirat nanti
    bukan mengejar cinta lelaki yang tidak pernah menghargai perasaan dan pengorbanan anda....


    pesanan dan peringatan untuk semua seta untuk diri-sendiri...insyaallah.....