Friday, June 29, 2012

30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA



1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. MEMBUKA AURAT dan Memandang aurat wanita lain (jgn pakai seluar pendek ats lutut walaupun sesama prmpuan)
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama Muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami bernikah lagi
 

Tuesday, June 26, 2012

TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA



~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..
✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..
✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..
✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...
✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..
✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..
✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..
✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

p/s : Wahai wanita sekalian, silalah ambil IKTIBAR DAN PENGAJARAN..♥

Sunday, June 24, 2012

10 sebab kenapa nak kahwin awal

Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!





1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran 
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini "Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.". Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara "enjoy" sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh "enjoy" itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh. :)
Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..




11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita.One Happy Family!


Wednesday, June 20, 2012

Golongan yang diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada Hari Kiamat



Rasulullah S.A.W bersabda: 

"7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada Hari Kiamat..

~✿ Pemerintah yang adil

~✿ Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah

~✿ Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid

~✿ Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.

~✿ Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"

~✿ Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.

~✿ Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya."

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday, June 8, 2012

Kahwin ke belajar


sedutan vidoe dari rancangan semanis kurma....
Tayangan youtube ini bukan sebab aku nak kawen sangat2.....
tapi semua ni adalah nasihat...
untuk di jadikan pedoman....
untuk kita renungkan baik dan buruk nya....
 


Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".


surah al-baqarah, ayat 127




"Wahai Tuhan kami Sesungguhnya Engkau tahu apa yang kita sembunyikan dan apa yang kami zahirkan! Apa apa apa pun yang tersembunyi kepada Allah, sama ada di bumi atau di langit."
 
 
surah ibrahim, ayat 38

mencari benda hilang..

mohon sape2 yang penah nampak botol air kesayangan aku ni...
tolong hubungi segera..huhuhuhu
banyak sangat sentimental value kat botol air ni..
walaupun botol air ni juz percuma dari beli horlick hari tu kat jom heboh kat bukit jalil.,,,
dah macam2 tempat aku cari....dah banyak tempat aku selongkar...
last aku ingat time ni la..nak exam mid term..pastu aku bawak balik...
mana tah hilang..cari dalam kereta, dalam bilik, dekat officee..semua xde...
dah putus asa then post kat blog...
sape2 penah nampak (terutamanya org yg terdekat ngan aku)
 pliz tell me.... 


Thursday, June 7, 2012

Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup."


Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga
: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wednesday, June 6, 2012

terima @ tidak....itu adalah persoalan nya...

hari ni hari yang ke 4 aku kat gopeng, perak....
ok la...walaupun sebelum ni macam2 cerita yang menakutkan aku dapat sebelum datang...
tapi bila kita lalui sendiri baru kita tau....
mungkin yang memenatkan adalah bila kita perlu jalan kaki dan melintas jalan rasa besar kat sini...
bertambah dengan lori2 yang hon kita....bagi aku yang kadang2 melatah ni agak bahaya untuk melintas....syukur setakat ni aku masih selamat dengan berbekalkan pemikiran yang sentiasa positif...
itu pesan mak...
walaupun pada mula nyer mak berat hati nak lepas kan aku kat sini....
maklum la..gopeng ni mcm2 ada.....

entri hari ni bukan nak cerita pasal RTC Gopeng....
tapi nak luahkan hati jer....
sejak hari ahad aku dah mula binggung, otak serabut....
normal la kan..aku memang macam ni...
sebenarnya aku pening bila ada seseorang dengan ikhlas hati meluahkan perasaan dia...
bukan dia cakap SAYA SUKA AWAK....SAYA NAK COUPLE NGAN AWAK....tapi
dengan lafaz bismillahirahmanirahim....dia melamar aku...dia ajak aku kawen....
macam mana ni....pertama kali orang cakap macam tu kat aku....

xsangka lelaki yang ego nyer terlalu tinggi ucapkan macam tu kat aku...

"BISMILLAHIRAMANIRAHIM, NADIA HAKIMAH, KALAU SAYA NAK NIKAH NGAN AWAK BOLEH??? NANTI KITA JUMPA MAK N SAYA MINTAK IZIN!!!"

aku xkan lupa lafaz dia tu...
dia xmenjanjikan kemewahan untuk aku..cuma satu lafaz itu berserta dengan janji andai allah perkenankan untuk dia membawa aku bersama2 ke syurga dan membahagiakan kan kami...
adakah doa aku dah termakbul...
memiliki seorang suami yang mampu membimbing aku?????
usai, kata2 dia....aku just mampu tersenyum..tapi hati aku...agak nya mungkin akan pengsan...
muka merah...kepala jadi celaru..inilah agaknya perasaan bila org melontarkan kata2 ikhlas dan jujur secara serious kepada kita....
kalau aku terima:

1.   pasti paling cepat awal tahun depan aku kawen...
2.   kawen muda la aku...
3.   kena bersedia melakukan tanggungjawab sebagai isteri sekaligus menantu....
4.   kena lebih matang...
5.   kena pandai bahagikan masa belajar ngan rumahtangga....

pada usia yang baru 22 tahun ni aku xmampu nak tanggung semua ni mungkin....
mungkin jugak aku mampu tempuhi....
sekarang aku mintak dia bagi aku masa untuk aku memikir...
keliru la macam ni...orang yang kita harapkan x cakap pape pun...
kenapa hadir orang lain yang serious tentang semua ni....
aku takut nak buat istikharah.....
mana keberanian aku sekarang ni....ketakutan aku buat orang tertunggu-tunggu....
aku xnak permainkan perasaan sape2....aku xnak kecewa kan sapa2....

" ya allah, andai dia benar2 untuk aku...kau dekatkan lah hati ku dengan hatinya....
andai sebaliknya sedarkan lah hati kami masing-masing....kau percepatkan lah jodoh kami.. "

ni lah padah yang aku dapat bila sengaja bermain dengan kata2 XSABAR NAK KAWEN....
sekarang bila jalan tu dah ada, aku pulak xtahu arah ke mana....
sweet kah cerita aku ni?? bagi aku inin semua beban aku....beban yang sangat2 menyakitkan jantung dan hati aku....

samapi sekarang aku xtau keputusan aku...aku x bersedia nak cakap pape...semoga allah bantu hambanya yang naif daN lemah ini....

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS......


 1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

 
2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan